Servis Terjemahan Dokumen

Kaum Lelaki Patut Tahu Tanda-Tanda Isteri Atau Kekasih Sedang Mengandung

hamil-kali-pertama
Saat kehamilan sememangnya satu berita gembira buat pasangan sumai isteri yang mengaharap agar mempunyai zuriat sendiri. Apatah lagi bagi pasangan yang buat pertama kali bakal bergelar ibu dan ayah atau pasangan yang sudah sekian lama berkahwin tapi masih belum dikurniakan anak.

Bagi pasangan kekasih yang belum bernikah pula pasti akan merasa seram dan hidup menajadi gelap tiba-tiba apabila mendapat tahu atau diberi tahu diri mengandung akibat dari kegiatan seks yang dilakukan tanpa perlindungan atau kurang peka terhadap langkah-langkah boleh diambil untuk  mencegah kehamilan.

Tidak sempurna sesebuah ikatan perkahwinan jika tidak dikurniakan zuriat. Kehadiran cahaya mata dalam kehidupan berumah tangga mampu menjadi penyeri hidup disaat hati dirundung duka apabila melihat keletah anak-anak yang adakalanya mampu membuatkan kita tersenyum.

Bila ditanya pada kaum lelaki tentang tanda-tanda kehamilan wanita pasti ramai menggeleng kepala kerana tidak tahu atau ada yang mengangguk dan buat pura-pura tahu kerana tidak mahu dicop sebagai lelaki tidak prihatin terhadap pasangan sendiri. Untuk info anda, setiap wanita yang sedang memasuki zon kehamilan akan mengalami simptom-simptom atau tanda-tanda tertentu yang mungkin tidak diketahui atau dilihat secara jelas oleh kaum lelaki.

Harus diingat juga bahawa setiap wanita mungkin memiliki tanda-tanda kehamilan yang berbeza dengan wanita yang lain ketika mereka memasuki masa-masa kehamilan. Untuk mengetahui tanda-tanda pasangan anda mengandung atau tidak mungkin dengan beberapa panduan di bawah ini dapat membantu.

1. Tidak Datang Bulan Dalam Tempoh Masa Yang Lama

Secara normalnya dalam tempoh masa satu bulan kaum wanita akan mengalami haid antara 3 hingga ke 7 hari. Sekiranya pasangan anda memiliki putaran haid yang teratur tetapi secara tiba-tiba terlambat masuk kepusingan seterusnya, segerahlah melakukan ujian kehamilan. Jika anda dan pasangan penah melakukan hubungan intim sebelum itu tanpa sebarang perlindungan, berkemungkanan besar peluang pasangan anda hamil cerah.

2. Muntah-Muntah Walau Tak Sakit

Tanda-tanda seperti muntah atau tekak terasa mual secara tiba-tiba adalah gejala-gejala kehamilan biasa yang dapat kita lihat.  Situasi ini terjadi bila berlaku perubahan hormon dalam tubuh wanita. Gejala muntah ini juga disebut sebagai 'morning sickness' kerana ia kerap berlaku pada waktu pagi apabila ovum dan sperma berjaya disenyawakan.

3. Payudara Membesar Dan Membengkak Luar Biasa

Bagi anda yang selalu melihat payudara isteri atau kekasih pasti akan perasan  akan setiap perubahan yang berlaku terhadap bentuk payudara pasangan sendiri. Jika sebelum ini payudara isteri atau kekasih anda bersaiz 34B tiba-tiba berubah menjadi 36D, berkemungkinan besar pasangan anda itu mengandung. Payudara bengkak dan besar ini terjadi disebabkan peningkatan hormon badan, pada peringkat awal mungkin pasangan anda rasa kuranf selesa dan agak sakit sedikit dan keadaan ini akan beransur hilang setelah dibelai setiap hari.

payudara-bengkak-membesar

4. Mengidam Tiba-Tiba

Bila isteri mula meminta atau memaksa anda mencari benda atau makanan yang pelik-pelik ada dua kesimpulan dapat dibuat di sini. Sama ada pasangan anda sedang buang tebiat atau benar mengidam kerana mengandung disebabkan perbuatan anda sendiri. Menurut kaji selidik yang dilakukan mendapati hampir 90 peratus wanita hamil mengalami gejala (mengidam) ini pada awal kehamilanya. Seperti biasa situasi ini berlaku disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan. Hasrat atau permintaan wanita yang mengidamkan sesuatu, kebiasaanya bab makanan harus ditunaikan dengan apa cara sekalipun. Penting!

5. Aerola Bahagian Puting Payudara Berubah Warna Gelap

Setelah melihat saiz payudara pasangan membesar dan membengkak, terdapat lagi satu tanda di bahagian payudara yang boleh dijadikan panduan untuk mengetahui sama ada pasangan  kita itu hamil atau tidak. Jika aerola atau kulit di sekitar puting susu berubah warna menjadi kegelapan maka ada kemungkinan berlaku kehamilan atau perubahan warna tersebut disebabkan oleh kehamilan sebelumnya.

payudara-hamil

6. Kerap Buang Air Kecil

Bila duduk rumah atau berjalan-jalan di luar pasangan anda kerap pergi ke tandas untuk membuang air kecil. Ini satu lagi tanda yang memungkinkan pasangan anda itu mengandung. Situasi isi biasa terjadi disebabkan pundi kencing ditekan oleh rahim yang sedang membesar. Kekerapan membuang air kecil ini akan beransur kurang setelah usia kandungan berusia 12 minggu dan mungkin akan kembali setelah usia kandungan menjangkau 28 minggu.

Macam mana? Sekarang anda sudah tahu bukan. Semoga dengan sedikit panduan ini dapat menjadikan anda seorang  suami atau kekasih yang prihatin dan peka terhadap isteri atau pasangan masing-masing. Ingat! zuriat, cahaya mata atau anak adalah anugerah dari yang Maha Esa.
Kaum Lelaki Patut Tahu Tanda-Tanda Isteri Atau Kekasih Sedang Mengandung Kaum Lelaki Patut Tahu Tanda-Tanda Isteri Atau Kekasih Sedang Mengandung Reviewed by Unknown on 11:23 PTG Rating: 5

1 ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.