Servis Terjemahan Dokumen

Tidak Perlu Ikut Acuan Negara Lain Untuk Capai Matlamat Negara Berpendapatan Tinggi

beli-belah-kl

Permulaan 2014 menandakan bermulanya tahun yang mencabar bagi kebanyakkan daripada kita akibat kesan  kenaikan kos sara hidup yang dilihat begitu membebankan  dan berganda-ganda. Bukanlah kenaikan keperluan asas yang diakatakan sebagai tidak membebankan itu sahaja yang menjadi rungutan.

Kerungsingan masyarakat berpunca daripada kesan domino yang berpunca dari kenaikan harga keperluan asasi tersebut yang mana keadaan itu menyebabkan kenaikan harga bagi barangan dan perkhidmatan lain yang disertai dengan kesepakatan dalam menetapkan harga bagi pemebekalnya.

Kenaikan harga keperluan asas sudah pastinya memberi kesan bukan sahaja kepada pengguna malahan kepada pihak industri, pengusaha dan peniaga. Lebihan kos yang berlaku sudah pasti tidak sudi diserap oleh kebanyakan pengusaha dan pihak industri, makanya pembeli produk akhir yang akan menyerap segala kos berkenaan.

Terdapat juga penghusaha dan pembekal yang mengambil kesempatan  di atas kenaikan harga keperluan asas ini dengan menaikkan harga bagi produk atatu perkhidmatan mereka sewenang-wenangnya tanpa justifikasi yang adil dan keadaan semakin parah apabila pengguna tidak ada alternatif untuk mengelak daripada menggunak produk atau perkhidmatan tersebut.

Ketiadaan alternatif ke atas sesuatu barangan atau perkhidmatan dalam sesebuah pasaran menunjukkan herotan dalam pasaran itu sendiri apabila hanya segelintir pihak sahaja yang memegang hala tuju pasaran tersebut. Kuasa pengguna tidak dapat memberikan banyak tekanan kepada keadaan pasaran sebegini kerana masyarakat tidak mempunyai alternatif yang lain.

Tidak dapat tidak masyarakat awam terpaksa mengharungi kos sara hidup yang tinggi melalui perubahan gaya hidup demi kelangsungan. Berlapang dada lah dengan perubahan yang baik misalnya penyediaan bekalan makanan yang bersih dan sihat untuk anak-anak berbanding menitip wang belanja yang besar kepada mereka.

Begitu juga pengajaran moral mengenai penjimatan tenaga, merancang perbelanjaan, mengitar semula barangan kepada anak-anak dan keluarga agar mereka menjadi bangsa yang lebih efisien, jujur dan bertanggungjawab dalam memimpin hala tuju negara pada masa akan datang.

Mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi perlu disertai dengan sebilangan besar daripada masyarakatnya mengalami pendapatan yang tinggi. Penumpuan kepada nilai purata pendapatan perkapita masyarakat sebagai indikator untuk menjadi sebuah negara maju dilihat kurang relevan disebabkan kumpulan kaya akan menjadikan indikator tersebut kelihatan seimbang  walaupun hakikatnya jumlah golongan ini begitu kecil jika dibandingkan dengan masyarakat awam.

Kita tidak perlu mengikut acuan negara maju lain untuk mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi. Sebaliknya, kita perlu menetapkan misi dan kaedah tersendiri dalam mencapai matlamat ini kerana apalah gunanya menjadi negara yang maju sekiranya sebahagian besar masyarakat mundur dari segi kewangan dan kuasa membeli mereka.
Tidak Perlu Ikut Acuan Negara Lain Untuk Capai Matlamat Negara Berpendapatan Tinggi Tidak Perlu Ikut Acuan Negara Lain Untuk Capai Matlamat Negara Berpendapatan Tinggi Reviewed by Unknown on 10:36 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.