Servis Terjemahan Dokumen

Panduan Memilih Sport Rim Kereta

rota-sport-rim-concave

Sport Rim memainkan peranan penting kepada sesebuah kenderaan. Pemilihan sport rim yang sesuai bukan hanya hanya mencantikkan penampilan sesebuah kenderaan, malah boleh meninhkatkan prestasi kenderaan tersebut.

Bagi mereka yang memberikan keutamaan  kepada penampilan kenderaan, cuma pilih rekabentuk sport rim  yang sepadan dengan gaya kereta dan menepati citaras a pemilik. Namun, bagi mereka yang inginkan rim berprestasi tinggi, sport rim yang diperbuat daripada aloi ringan adalah pilihan terbaik.

Walaipun ringan, rim aloi ini tahan lasak dan meningkatkan prestasi pemanduan kerana faktor berat berjaya dikurangkan. Rim ini juga sesuai untuk kegunaan harian tetutama trafik bandar. Penggunaan rim aloi membolehkan udara sejuk mengalir ke sistem brek, sekali gus mengelak brek menjadi terlampau panas dan tidak dapat berfungsi.

Satu lagi tips untuk meningkatkan prestasi kenderaan anda ialah dengan memilih sport rim yang bersaiz satu atau dua inci lebih besar  daripada rim asal bagi memberikan lebih kestabilan dalam pemanduan secara agresif.

'Offset' rim juga penting. Ini kerana 'offset' yang tidak sesuai akan memberi masalah kepada kawalan stering dan pengendalian kereta. Jangan risau kerana penjual di kedai rim boleh membantu anda memilih 'offset' yang sesuai dengan kenderaan anda.

Dalam memilih rim, sebaik-baiknya membeli rim jenama terkemuka dan pastikan ia tulen. Walaupun rim tiruan mempunyai rupa bentuk yang sama dengan rim asal, cara pembuatan dan material yang digunakan adalah berbeza. Kualitinya sudah tentu jauh dan boleh membahayakan nyawa kerana mudah patah dan bengkok.
Panduan Memilih Sport Rim Kereta Panduan Memilih Sport Rim Kereta Reviewed by Unknown on 9:45 PTG Rating: 5

1 ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.