Servis Terjemahan Dokumen

Tidur Mampu Mempengaruhi Kesihatan Kulit

sleeping-beauty

Memiliki kulit yang cantik, gebu dan sihat adalah dambaan setiap insan. Ramai juga yang percaya dengan memiliki kulit yang sihat akan membuatkan seseorang individu itu kelihatan segar, tampak lebih muda dan bekeyakinan. Namun awas, kurang tidur juga boleh mendatangkan masalah besar kepada kulit.

Selain dari faktor pemakanan, tidur yang mencukupi juga turut mempengaruhi kesihatan kulit kita. Ini kerana pada waktu tidur sel-sel badan yang rosak termasuk sel kulit akan tumbuh semula bagi menggantikan sel-sel kulit mati. Pertumbuhan sel kulit baru ini turut dipengaruhi kadar masa kita tidur.

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Hospital Case Medical Center University di Cleveland, Ohio terhadap 65 orang koresponden mengenai tabiat tidur mereka selama tiga hari mendapati berlaku peningkatan kesan penuaan pada kulit melalui ujian yang dilakukan pada kulit mereka.

Selain itu, kajian yang dilakukan juga turut megesan tanda kerutan dan kedutan pada kulit mereka akibat dari kadar ketegangan kulit yang berkurang berpunca tidur malam yang tidak mencukupi. Namun, itu tidak semua kerana kesan kemerahan pada kulit (skin redness) segera hilang sebanyak 30% jika mempunyai tidur yang cukup.

Berdasarkan tulisan Elma Baron, seorang pembantu professor dermatologi di Case Western Reserve University School of Medicine, menjelaskan bahawa tanpa tidur yang mencukupi akan menyebabkan sel-sel kulit tidak berkembang dan berfungsi secara efisien hingga menyebabkan sel-sel kulit ini sukar tumbuh bagi memperbaiki sel kulit yang telah rosak.
Tidur Mampu Mempengaruhi Kesihatan Kulit Tidur Mampu Mempengaruhi Kesihatan Kulit Reviewed by Unknown on 11:05 PTG Rating: 5

1 ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.