Servis Terjemahan Dokumen

Lebih Suku Juta Akaun Twitter Palsu Dikesan

twitter-omg-media

Sekumpulan pakar komputer dari Universiti Kolej London (UCL) secara tidak sengaja menjumpai lebih suku juta akaun Twitter palsu.

Memetik laporan BBC.com, akaun Twitter palsu itu dikesan ketika kumpulan pakar IT itu membuat kajian berhubung cara orang ramai menggunakan akaun media sosial tersebut.

Menurut Juan Echeverria, sebahagian besar daripada akaun ini digunakan untuk menabah jumlah pengikut, menghantar mesej spam dan menarik pengguna lain berkaitan topik panas.

"Agak sukar untuk menentukan berapa ramai pemilik Twitter menggunakan bot, iaitu akaun yang dikawal dengan aplikasi tertentu bagi menghantar maklumat atau pesanan di laman sosial secara automatik," ujarnya.

Dalam pada itu, para penyelidik menasihatkan orang ramai supaya melaporkan sebarang akaun yang dikendalikan oleh bot bagi mendapatkan idea atau kaedah lebih baik bagaimana bot berkenaan berfungsi.

Sementara itu, yang menyelia kajian ini, Dr. Shi Zou berkata, sesuatu yang menakjubkan apabila penyelidikan yang dijalankan ini berjaya mengesan kesemua akaun palsu yang digunakan.
Lebih Suku Juta Akaun Twitter Palsu Dikesan Lebih Suku Juta Akaun Twitter Palsu Dikesan Reviewed by Unknown on 10:44 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.