Servis Terjemahan Dokumen

Lindsay Lohan Mula Mendalami Tentang Islam

Lindsay-Lohan-Instagram

Bintang poupular Hollywood yang pernah membintangi filem The Mean Girls, Lindsay Lohan dilaporkan telah membuat 'pembersihan' akaun media sosialnya.

Selain Twitter, Lohan dilaporkan turut memadam ke semua gambar yang terdapat di laman Instagram miliknya dengan meninggalkan mesej 'Alaikum salam'.

Tindakan yang mengejutkan lebih 5.3 juta pengikut laman sosialnya itu dipercayai dibuat setelah beliau menyatakan hasrat mahu 'membuat perubahan' selepas berhijrah ke Dubai, UAE.

Lohan, 30, merancang untuk menghabiskan masanya dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan di kem-kem pelarian Turki serta mahu menubuhkan syarikat produksi sendiri di sini.

Memetik laporan Daily Mail, pelakon wanita berkenaan merasa sangat teruja untuk membuka lembaran baru dalam hidupnya setelah bertemu dengan seorang wanita yang sangat dikaguminya.

Menceritakan pengalamannya di sana, Lohan berkata, pada awal tahun ini, beliau telah mempelajari Bahasa Arab serta menghabiskan banyak masa di kem-kem pelarian Syria.

Bercakap tentang agama Islam, Lohan dilaporkan berkata, kitab suci al-Quran banyak membawa perubahan kepada dirinya kini.
Lindsay Lohan Mula Mendalami Tentang Islam Lindsay Lohan Mula Mendalami Tentang Islam Reviewed by Kluang Today on 1:18 PG Rating: 5

1 ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.