Biarpun sudah meletakkan jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), namun Barack Obama dilaporkan tidak berundur dengan 'tangan kosong'.
Memetik laporan Metro.co.uk, satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Amerika di Washinton baru-baru ini mendapati beliau boleh meraih pendapatan sebanyak AS$242 juta (RM1.07 bilion) pada masa akan datang selepas meninggalkan White House.
Jumlah itu bersamaan AS$400,000 (RM1.8 juta) setahun merangkumi pendapatanya sepanjang 8 tahun berada di Rumah Putih.
Selain itu, dalam masa setahun, Obama akan mendapat duit belanja sebanyak AS$50,000 (RM222,225), sejumlah AS$100,000 (RM444,450) sebagai peruntukan perjalanan serta elaun keraian bernilai AS$19,000 (RM84,445.50).
Dalam pada itu, beliau juga akan terus menerima gaji sebanyak AS$205,700 (RM9.1 juta) sepanjang hayatnya, insurans kesihatan dan perlindungan Perkhidmatan Rahsia selama 24 jam sehari sehingga meninggal dunia.
Menurut laporan CNN, Obama juga boleh meraih pendapatan sebanyak AS$200 juta (RM888.9 juta) setahun jika menerima 50 tawaran memberikan ucapan.
CNN melaporkan, bekas Presiden, Bill Clinton dan isterinya, Hillary menerima sebanyak AS$153 juta (RM680.20 juta) bagi 729 ucapan yang disampaikan selepas meninggalkan White House. - Utusan
Obama Bakal Bilionair Selepas Berundur Dari White House
Reviewed by Kluang Today
on
2:56 PTG
Rating:

Tiada ulasan:
Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih