Degil dan tak faham bahasa. Sekali lagi rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama dikejutkan dengan perbuatan individu tidak sensitif dengan meletakkan haiwan peliharaan terutama anjing ke dalam troli milik pasar raya.
Semalam, sekeping foto yang menunjukkan seorang remaja lelaki sedang duduk menunggu bersama anjingnya yang diletakkan di dalam troli di sebuah pasar raya menjadi viral.
Menurut akaun Facebook Rashid Manaf, kejadian tersebut berlaku di sebuah pasar raya di Johor Bahru.
Netizen yang melihat foto tersebut menzahirkan kekecewaan dengan tindakan tersebut yang disifatkan tidak menghormati sensitiviti sesetengah agama, terutamanya agama Islam.
Netizen turut mempersoal pihak pengurusan dan kawalan keselamatan pasar raya tersebut kerana membiarkan keadaan itu berlaku tanpa mengambil sebarang tindakan.
Pelanggan Tesco Bawa Anjing Dalam Troli di Johor
Reviewed by Kluang Today
on
10:50 PTG
Rating:

Tiada ulasan:
Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih