Servis Terjemahan Dokumen

Tak Salah Kumpul Eset Tapi Jangan Sampai Menindas Orang Lain

beli-rumah-omg-media.jpg

Di Malaysia kita tak ada akta yang menghadkan pembelian rumah. Orang yang ada duit akan 'rembat' sebanyak mungkin rumah-rumah yg dijual oleh pemaju dengan harga asal (sama ada projek kerajaan atau swasta). Ada yang gunakan 'kabel orang dalam'' dengan cara rasuah untuk dapatkan kuota yang banyak.

Rumah-rumah yang dibeli akan 'diperap' selama setahun atau lebih. Kemudian dijual semula dengan harga yang lebih mahal sehingga dua atau tiga kali ganda (atau mungkin lebih dari itu). Alasan mereka nilai hartanah semakin meningkat.

Aku selalu baca geng-geng yang suka main 'hartanah' ni bagi tips macam mana nak beli banyak rumah. Semua aku dah study. Beli rumah kemudian sewakan dengan harga yang lebih mahal dari bayaran bulanan pada bank dan nilai sewaan itu akan dikira sebagai pendapatan kita untuk kita beli rumah lain.

Kalau nak ikutkan pendapatan aku dan isteri memang kita orang mampu nak buat macam tu. Tapi bila kami bincang, kenapa kita nak ikut trend yang telah merosakkan nilai hartanah di negara kita ni. 

Kita beli rumah banyak-banyak kemudian yang bayarkan rumah kita orang yang kurang berkemampuan. Malah nilai sewaan lebih tinggi daripada nilai bayaran bulanan kepada bank.

Katakan, 10 tahun lepas kau beli rumah dengan bayaran bulanan kepada bank RM250. Kau sewakan dengan nilai RM300, kemudian tiap-tiap tahun harga sewa naik sampai mencecah RM800 hingga RM1000. Padahal bayaran bulanan kau pada bank tetap sama RM250.

Kau manusia ke babi? Menindas orang bukan main. - Nur Hadi Mohamad
Tak Salah Kumpul Eset Tapi Jangan Sampai Menindas Orang Lain Tak Salah Kumpul Eset Tapi Jangan Sampai Menindas Orang Lain Reviewed by Unknown on 12:05 PG Rating: 5

1 ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.