Servis Terjemahan Dokumen

Wawa Zainal Nafi Mula Jaga Penampilan Diri Bukan Sebab Cemburu

wawa-zainal-aeril

Sibuk menguruskan rumah tangga dan menjaga keperluan suami serta dua anak yang masih kecil bukan alasan bagi pelakon, Wawa Zainal untuk tidak menjaga penampilan diri.

Menurut Wawa, apa yang dilakukanya itu bukanlah semata-mata untuk mendapatkan perhatian umum atau bersikap riak, tapi sebaliknya perubahan yang dilakukan itu hanyalah untuk suami tercinta, aktor Aeril Zafril.

Katanya, sebagai wanita berkahwin seperti orang lain, dia tetap sibuk dengan urusan rumah tangga, menguruskan keperluan suami dan dua cahaya mata yang masih kecil.

Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 26, bagaimanapun dia mula menjaga penampilan dirinya kerana berasa cemburu apabila Aeril sentiasa menjadi perhatian peminat wanita.

Kata Wawa, selepas lima tahun berkahwin, perasaan curiga atau cemburu sudah tiada selain masak dengan sikap suaminya itu.

Sementara itu, Aeril pula memberitahu dia tidak kisah dengan penampilan isterinya kerana hatinya tidak akan berubah terhadap wanita itu.

Aeril turut menjelaskan bahawa fokusnya kini tertumpu kepada dua anaknya selain bekerja keras untuk meningkatkan ekonomi keluarga.

Wawa dan Aeril berkahwin pada 25 Februari 2012 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, 3 dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa yang kini berusia setahun.
Wawa Zainal Nafi Mula Jaga Penampilan Diri Bukan Sebab Cemburu Wawa Zainal Nafi Mula Jaga Penampilan Diri Bukan Sebab Cemburu Reviewed by Unknown on 3:30 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.