Servis Terjemahan Dokumen

Reen Rahim Buat Laporan Polis Berhubung Ugutan Sebar Gambar 'Sulit'

reen-rahim-sulit

Baru-baru ini, Reen Rahim mendedahkan kepada media bahawa dia telah membuat laporan polis terhadap bekas pembantunya berhubung satu kes ugutan.

Menurut laporan media hiburan, Reen membuat laporan tersebut kerana bekas pembantunya itu mengugut akan menyebarkan beberapa foto 'sulit' serta video yang 'dicuri'  melalui telefon bimbit miliknya.

Reen memberitahu, pihak tersebut juga mengugut mahu mendedahkan gambar-gambar itu melalui media sosial.

reen-rahim-sulit-polis

Pendedahan berita tersebut membuatkan peminat artis berkenaan merasa terkejut dan tertanya-tanya gambar dan video apakah yang dicuri itu sehinggakan laporan polis terpaksa dibuat.

Semuanya terjadi apabila Reen Rahim, 29, mula menjauhkan diri daripada bekas pembantunya yang dikenali sejak lima tahun lalu atas sebab-sebab tertentu. 

Sebelum ini, Reen turut mendakwa, wanita itu juga telah membuat beberapa percubaan memburukkan namanya di beberapa media dengan memberi maklumat palsu dan fitnah.

Bagaimanapun, bekas pembantunya itu tidak berpuas hati dan mengugut akan mendedahkan foto dan juga video yang didakwa sulit itu di laman sosial.
Reen Rahim Buat Laporan Polis Berhubung Ugutan Sebar Gambar 'Sulit' Reen Rahim Buat Laporan Polis Berhubung Ugutan Sebar Gambar 'Sulit' Reviewed by Unknown on 10:08 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.