Servis Terjemahan Dokumen

Panduan Mudah Memasang Peta Laman Di Blog

sitemap-infoanda
Sebelum penulis menerangkan secara lanjut tentang panduan memasang peta laman pada blog, suka penulis nak berkongsi dengan anda semua tentang apa itu peta laman dan kelebihannya.

Peta laman atau dalam istilah Inggris disebut sitemap adalah satu alternatif yang sering digunakan oleh pengendali laman web dan blogger untuk mengindek segala fail atau halaman yang terkandung di dalam laman web mereka kepada enjin carian (Search Engine) seperti Google.

Penggunaan peta laman (sitemap) pada laman web atau blog juga sedikit sebanyak mampu mempengaruhi pengunaan SEO dalam proses carian. Antara kelebihan lain penggunaan peta laman ini ialah untuk memudahkan enjin carian mengenalpasti atau mencari fail-fail yang dikehendaki oleh pelayar laman web apabila mereka memasukkan kata kunci (keyword).

Sekiranya sesebuah laman web atau blog tidak memanfaatkan kebaikan peta laman ini, berkemungkinan segala artikel atau informasi yang terkandung dalam blog anda akan dipandang sepi begitu sahaja kerana enjin carian menghadapi masalah untuk mengindek fail-fail yang dicari.

Sekarang kita beralih pula pada cara-cara untuk memasang peta laman yang sangat mudah. Suka nak diingatkan sekali lagi, terdapat juga laman-laman web yang menyediakan kod-kod untuk membuat peta laman yang mengandungi malware yang boleh menyababkan blog anda ditahan oleh Google buat sementara.

Langkah pertama

Log masuk ke Blogspot kemudian klik pada 'Pages'

peta-laman-infoanda

Langkah kedua

 Pilih 'New Page' selepas itu tukar kepada mod HTML

peta-laman-infoanda

Langkah ketiga

Salin (copy) kod html di bawah kemudian tampal (paste) pada rungan html seperti dalam foto di atas.

<style>
#sitemap{height:1010px;padding:4px;overflow:auto;}
#sitemap a{color:#000000;font-weight:normal;}
#sitemap a:hover{color:#C97106;text-decoration:underline;}
</style>

<div id="sitemap">
<script src="https://sites.google.com/site/jscript911/script/sitemapnue.js">
</script><script src="http://www.infoanda.net/feeds/posts/default?max-results=500&amp;alt=json-in-script&amp;callback=loadtoc">
</script></div>

Sila ganti alamat URL http://www.infoanda.net dengan alamat URL blog anda. Jika ada yakin dengan apa yang dilakukan, klik pada butang 'Publish' dan lihat hasilnya. Sangat mudah bukan!
Panduan Mudah Memasang Peta Laman Di Blog Panduan Mudah Memasang Peta Laman Di Blog Reviewed by Unknown on 9:42 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.