Servis Terjemahan Dokumen

Suami Kaki Clubbing Punca Penceraian Orlando Bloom & Miranda Kerr

Disebabkan tabiat buruk Orlando Bloom yang suka berhibur hingga lupa dunia dikhabarkan menjadi punca utama isteri pelakon terkenal itu, Miranda Kerr mengambil keputusan untuk berpisah pada akhir tahun lepas.

Menurut laporan Portal Daily Mail, Miranda sebenarnya sudah tidak tahan dengan perangai suaminya yang gemar berhibur hingga larut malam dan jarang berada dirumah bersamanya kerana pelakon yang pernah membintangi filem Pirate of The Caribbean itu lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakannya di luar.

Orlando Bloom-Miranda Kerr

Isteri kepada aktor kacak Hollywood ini dikatakan bertambah geram dan marah apabila sikap buruk yang ditunjukkan bekas suaminya itu berlanjutan hampir setiap hari sehingga mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bapa kepada anak mereka.

Sebelum sikap buruk sebenar Orlando didedahkan kepada media, berita tersebut  hanya dianggap sebagai spekulasi dan laporan dibuat tentang perpisahan pasangan itu namun mereka memberitahu tiada persefahaman menjadi punca utama penceraian.

Pasangan artis Hollywood ini mengumumkan perpisahan pada Oktober tahun lalu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, bernama Flynn.
Suami Kaki Clubbing Punca Penceraian Orlando Bloom & Miranda Kerr Suami Kaki Clubbing Punca Penceraian Orlando Bloom & Miranda Kerr Reviewed by Unknown on 11:59 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.