Servis Terjemahan Dokumen

Agama: Tabur Bunga Di Kuburan Tiru Amalan Yahudi Dan Kristian

tabur-bunga-di-kubur-yahudi

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Islam Kedah, Sheikh Ahmad Faisol Omar hari ini mengingatkan seluruh umat Islam yang menziarahi tanah perkuburan sempena Aidilfitri supaya tidak menabur bunga di kuburan kerana amalan tesebut dilakukan oleh Yahudi dan Kristian.

Sheikh Ahmad Faisol Omar  turut menegaskan  bahawa perbuatan menabur bunga teresbut  dianggap sebagai kerja khurafat dan menyalahi ajaran agama Islam.

Beliau memberi peringatan tersebut dalam tazkirahnya pada Program Percambahan Ilmu anjuran bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bahagian Perlis, Pejabat Setiausaha Kerajaan Perlis bertempat di Hotel Putra Palace.

Bersempena bulan Ramadan, Sheikh Ahmad Faisol Omar  juga menasihatkan umat Islam agar megisi masa bulan Ramadan dengan memperbayakan amalan dengan membaca al-Quran selain bersedekah.

Di penghujung tazkirah Sheikh Ahmad Faisol Omar, beliau turut menegur kaum wanita Islam supaya menjaga adab ketika berpakaian terutama sekali pada bulan Ramadan. Ahmad Faisol berkata, ramai kaum wanita Islam dikurniakan dengan nikmat kecantikan tetapi menyalahgunakan  nikmat tersebut dengan memperagakan kecantikan yang dimiliki kepada umum sehingga boleh mendatangkan tanggapan yang tidak baik pada diri sendiri.
Agama: Tabur Bunga Di Kuburan Tiru Amalan Yahudi Dan Kristian Agama: Tabur Bunga Di Kuburan Tiru Amalan Yahudi Dan Kristian Reviewed by Unknown on 9:31 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.