Servis Terjemahan Dokumen

Khalid Hargai Sokongan Presiden PAS

hadi-khalid-mb-selangor

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu sesi tembual bersama wartawan telah menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana menyokong dan mempercayai kepimpinanya dalam menerajui pentadbiran negeri.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataanya berhubung isu petukaran jawatan Menteri Besar Selangor telah menegaskan bahawa beliau akan terus berdiri teguh di belakang kepimpinan Khalid Ibrahim dan menolak sebarang cadangan menukar menteri besar buat waktu ini.

Dalam nada ceria, Khalid Ibrahim menyatakan bahawa Sokongan yang dizahirkan oleh Presiden PAS itu sangat bermakna dan telah memberi semangat padanya untuk terus mentadbir negeri Selangor selaku negeri maju.

Berdasarkan maklum balas yang diterima melalui kaji selidik yang dilakukan, Menteri Besar Selangor itu mendapati bahawa menjoriti ahli akar umbi PAS dan PKR sendiri menyokong pendirian Presiden PAS yang mahu beliau terus kekal menjadi ketua mentadbir negeri Selangor.

Baru-baru ini, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan nama isterinya, Datin Seri Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru bagi menggantikan Khalid Ibrahim yang dilihat tidak lagi berupaya menyandang jawatan tersebut.
Khalid Hargai Sokongan Presiden PAS Khalid Hargai Sokongan Presiden PAS Reviewed by Unknown on 5:30 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.