Berita perletakan jawatan Perdana Menteri Ukraine, Arseniy Yatsenyuk betul-betul mengejutkan dunia hari ini apabila isu pengeboman pesawat MH17 milik penerbangan Malaysia (MAS) masih lagi dalam siasatan.
Terdapat pihak beranggapan perletakan jawatan Perdana Menteri Ukraine itu dilihat sebagai satu cubaan untuk melepaskan diri dari dipertanggujawabkan terhadap insiden malang yang menimpa pesawat MH17 sehingga mengorbankan nyawa kesemua penumpangnya.
Memetik laporan AFP, Arseniy Yatsenyuk terpaksa meletak jawatan apabila kerajaan gabunganya tidak lagi mencapai kata sepakat sekaligus menjadikan negara itu terus berada dalam kemelut politik berpanjangan dan terpaksa berhadapan dengan kumpulan pemisah yang kini menguasai wilayah timur Ukraine.
Perkembangan terbaru ini telah membuka jalan kepada Presiden Petro Poroshenko untuk mengadakan pilihan raya awal dalam tempoh 30 hari. Biarpun gencatan senjata antara pihak pemisah dan kerajaan Ukraine telah berkuatkuasa namun serangan bom antara pihak yang bertelagah terus berlanjutan.
Dalam satu laporan media lain, Tentera Ukraine melaporkan empat anggotanya telah terkorban dalam satu pertempuran sengit dengan pihak pemberontak pro-Rusia dalam usaha menawan semula kawasan perindustrian di timur negara itu.

Perdana Menteri Ukraine Letak Jawatan Tidak Mahu Terlibat Dengan Insiden Pesawat MH17
Reviewed by Unknown
on
11:04 PTG
Rating:

Tiada ulasan:
Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih