Servis Terjemahan Dokumen

Warga Belanda Kesal Sikap Segelintir Rakyat Malaysia Tiada Semangat Kenegaraan

mh17-infoanda-cry

Sejak berita insiden malang yang menimpa pesawat MH17 milik Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) tersebar dan mendapat liputan meluas di seluruh dunia, banyak pihak terutamnya negara luar  telah menzahirkan rasa simpati dan menyampaikan ucapan takziah mereka kepada Kerajaan Malaysia dan waris mangsa yang terlibat dalam insiden ini.

Disaat negara sedang berdepan situasi sukar dan rakyat Malaysia masih lagi bersedih dengan kehilangan ahli keluarga yang terlibat dalam insiden tersebut, terdapat segelintir rakyat Malaysia yang kurang sensitif dan tiada semangat kenegaraan terus menjadikan isu ini sebagai modal untuk membalas dendam terhadap pihak tertetu tanpa menghiraukan perasaan ahli keluarga mangsa yang terlibat.

Tidak kurang juga terdapat sebilangan rakyat Malaysia dan media tempatan tanpa segan silu memperlekeh segala usaha yang dilakukan Kerajaan Malaysia dalam menangani isu ini dengan menyalahkan syarikat penerbangan milik negara dan melakukan provokasi melampau terhadap pemimpin tertentu bertujuan untuk mengeruhkan lagi keadaan sedia ada.

Tindakan dan sikap tidak bertanggunjawab segelintir rakyat Malaysia dan pengamal media negara ini turut mengundang persepsi negatif dari rakyat negara luar yang mengikuti rapat perkembangan insiden MH17 ini melalui media elektronik atau media sosial.


Sikap sebegini bukan sahaja memalukan tetapi tidak sepatutnya ditunjukkan pada orang luar  di saat mereka merasa kagum dengan keharmonian dan keamanan serta kepelbagaian yang terdapat di Malaysia.
Warga Belanda Kesal Sikap Segelintir Rakyat Malaysia Tiada Semangat Kenegaraan Warga Belanda Kesal Sikap Segelintir Rakyat Malaysia Tiada Semangat Kenegaraan Reviewed by Unknown on 9:47 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.