Servis Terjemahan Dokumen

Ramli MS Sorok Status Perkahwinan Bimbang Populariti Alyah Menurun

ramli-ms-alyah-sembunyi-kahwin

Rancangan seorang komposer muzik terkenal tanah air bersama pasanganya yang juga merupakan seorang artis terkenal dalam bidang nyayian menyembunyikan status perkahwinan mereka akhirnya  terbongkar apabila satu serbuan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berikutan aduan dari orang awam.

Datuk Ramli Mohammed Salleh atau lebih dikenali sebagai Ramli MS ketika serbuan dilakukan di kediamanya di Bandar Kinrara, Puchong awal pagi semalam telah menyakinkan pihak penguat kuasa agama dari JAIS bahawa  hubunganya dengan penyanyi Noor Hasliah Abu Hassan atau Alyah adalah sah di sisi Islam kerana sudah bernikah.

Ketika disoal, komposer terkenal itu mendedahkan bahawa beliau sudah menikahi isterinya lebih setahun yang lalu di Batam, Indonesia. Ramli turut menjelaskan bahawa perkahwinan mereka berdua belum lagi didaftarkan di negara ini atas sebab-sebab tertentu.

Menurut juracakap JAIS,  dokumen asal perkahwinan  pasangan itu akan diserahkan kepada pihaknya  pada Selasa depan untuk penelitian, semakan dan sisatan lanjut mengikut undang-undang dan hukum syarak.

Sejak tahun 2010 lagi, spekulasi berkenaan hubungan percintaan kedua-dua pasangan ini telah tersebar di media hiburan tanah air. Namun, mereka berdua enggan buka mulut untuk mengaku tentang status masing-masing sehingga serbuan yang dilakukan JAIS atas aduan orang awam yang tidak tahan melihat gelagat pasangan artis ini.

Tindakan Alyah merahsiakan status perkahwinanya telah mendapat kritikan dari banyak pihak termasuk peminatnya di laman sosial. Ramai dari kalangan peminat artis yang bersuara lunak itu mempertikaikan mengapa status perkahwinan mereka berdua perlu disembunyikan.
Ramli MS Sorok Status Perkahwinan Bimbang Populariti Alyah Menurun Ramli MS Sorok Status Perkahwinan Bimbang Populariti Alyah Menurun Reviewed by Unknown on 12:30 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.