Kerajaan negeri Selangor hari ini sekali lagi mengeluarkan kenyataan dengan memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku catuan air berjadual di negeri itu seperti yang pernah dilaksanakan sebelum ini walau paras air empangan Selangor didapati semakin berkurangan.
Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kerajaan negeri bersama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Kettha) akan sentiasa membuat pemantauan terhadap perkembangan semasa paras air empangan Sungai Selangor untuk memastikan bekalan air bersih dapat disalurkan kepada pengguna tanpa sebarang gangguan.
Ketika bercakap kepada pemberita, Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri Selangor tiada perancangan untuk melaksanakan catuan bekalan air buat masa ini memandangkan paras air di beberapa buah empangan masih lagi melebihi paras minimum.
Antara empangan yang menunjukkan peratusan melebihi paras minimum iaitu empangan Batu sebanyak 81.75 peratus, empangan Klang Gates (69.87 peratus), Kolam Takungan Sungai Labu (56.9 peratus), Langat (62.45 peratus), Semenyih (75.3 peratus), dan empangan tasik Subang (65.47 peratus).
Memetik statisitik yang dikeluarkan oleh Lembaga Urus Air Selangor mendapati paras air di dua empangan iaitu empangan Sungai Selangor masih berada di bawah paras minimum dan dijangkankan akan terus menurun sekiranya hujan tidak turun dalam tempoh masa dua hingga tiga hari lagi.
Khalid Jamin Bekalan Air Di Selangor Masih Mencukupi
Reviewed by Unknown
on
9:50 PTG
Rating:
Tiada ulasan:
Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih