Servis Terjemahan Dokumen

Rawatan Bekam Sunnah Dan Kelebihanya Dalam Mengubati Pelbagai Jenis Penyakit

Cupping atau dalam istilah bahasa Melayunya disebut bekam, merupakan kaedah perubatan Islam yang telah lama dipraktikan sejak zaman Rasulullah lagi dan buktinya telah disebut dalam satu hadis sohih seperti di bawah.
"Kesembuhan itu terdapat pada 3 perkara; iaitu minuman madu, sayatan alat bekam dan kay (pembakaran) dengan api; dan sesungguhnya aku melarang umatku dari kay" (Hadis sohih)

"Aku tidak berjalan dihadapan sekumpulan malaikat pun pada malam ketika aku diisra'kan, kecuali mereka berkata: Wahai Muhammad, perintahkanlah umat kamu agar berbekam!" (Shajihu Al-Jami' 5671)
Menurut sumber Wikipedia yang sempat penulis telusuri tadi menyatakan bahawa rawatan bekam ini boleh dilakukan dengan beberapa kaedah, antaranya ialah Bekam Angin, Bekam Darah, Bekam Lintah dan Bekam Magnet.
al-qauyyum-bekam-sunnah
Kaedah bekam Sunnah yang ditawarkan Pusat Rawatan Al-Qayyum
Jika pada masa dahulu proses merawat pesakit dengan kaedah bekam ini menggunakan alatan tradisional seperti tanduk atau buluh, namun seiring dengan perkembangan dunia moden hari ini peralatan lama tersebut telah diganti dengan penggunaan cawan (glass) dan pam vakum mini di mana ia lebih efektif dan selamat.

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan penulis berkenaan rawatan bekam ini, mendapati kebanyakkan pesakit yang datang untuk berubat lebih gamar perawat menggunakan kaedah bekam Sunnah atau bekam darah kerana lebih berunsurkan islamik selain berkesan dalam mengubati penyakit (dengan izin Allah).

Merujuk kepada Pusat Rawatan Al-Qayyum dalam tulisan blog miliknya turut menyenaraikan beberapa jenis penyakit boleh disembuhkan (dengan izin Allah) melalui kaedah rawatan bekam Sunnah ini. Antaranya ialah meningkatkan daya tahan tubuh, melancarkan pengaliran darah, mengeluarkan racun dan toksid atau toksin, mengeluarkan darah beku, mengeluarkan angin dalam badan, menghilangkan sakit kepala, menghilangkan sakit belakang dan banyak lagi.

Dalam artikel blog milik pusat rawatan Islam tersebut, turut menjelaskan beberapa tips berguna kepada pesakit sebelum mendapatkan rawatan serta kesan dan pantang larang yang perlu dipatuhi oleh pesakit selepas melakukan rawatan bekam Sunnah ini. 

Suka penulis hendak ingatkan di sini, sekiranya anda ingin mendapatkan rawatan bekam, sila pastikan diri sudah bersedia dari segi fizikal dan mental dan pengetahuan tentang amalan bekam ini.

Bagi pesakit yang ingin mendapatkan rawatan bekam sunnah di Pusat Rawatan Al-Qayyum buat kali pertama, anda tidak perlu merasa was-was dengan prosedur rawatan bekam yang dilakukan kerana jurubekam di pusat rawatan Islam tersebut telah dilatih untuk mempraktikkan segala amalan yang tertakluk dalam bidang perubatan termasuk dari segi kebersihan, kualiti peralatan yang digunakan serta keselesaan pesakit yang datang mendapatkan rawatan.
Rawatan Bekam Sunnah Dan Kelebihanya Dalam Mengubati Pelbagai Jenis Penyakit Rawatan Bekam Sunnah Dan Kelebihanya Dalam Mengubati Pelbagai Jenis Penyakit Reviewed by Unknown on 12:56 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.