Servis Terjemahan Dokumen

Kelibat Tun M Muncul Bersama Proton PCC, Iriz Curi Tumpuan Orang Ramai

proton-iriz-1

Hari ini Tun Dr Mahathir membuat kejutan dihadapan orang ramai dengan muncul bersama kereta nasional tebaru keluaran Proton iaitu Proton PCC, Iriz di The Loaf Pavillion, KLCC. Beliau pada ketika itu dilihat dengan beberapa pegawai tertinggi Proton bersarapan bersama.

Menurut sumber, Proton Iriz adalah kereta jenis kompak pertama keluaran Proton yang sebelum ini tidak pernah dipandu uji di mana-mana jalanraya secara terbuka.

Jelas sumber itu lagi, ini adalah kali pertama kereta keluaran negara itu dipandu di atas jalanraya tanpa sebarang pelekat dan pembalut dan bependapat apa yang dilakukan oleh Proton melalui Pengurusinya  itu sebagai satu kaedah pemasaran yang baik dan unik.

Apa yang menarik dan membuatkan orang ramai merasa sangat teruja melihat kereta Proton baru itu apabila ia dipandu sendiri oleh bekas Perdana Menteri Malaysia ke empat yang juga merupakan Pengurusi Proton.

Kemuculan Proton Iriz di tempat awam buat pertama kalinya ini telah mendapat maklum balas positif dari rakyat Malaysia. Rata-rata dari mereka memuji kehebatan rekabentuk kereta tersebut dan merasa bangga kerana Malaysia mampu mengeluarkan kereta penumpang sehebat ini.

proton-iriz-2

proton-iriz-3

proton-iriz-4

proton-iriz-2
Kelibat Tun M Muncul Bersama Proton PCC, Iriz Curi Tumpuan Orang Ramai Kelibat Tun M Muncul Bersama Proton PCC, Iriz  Curi Tumpuan Orang Ramai Reviewed by Unknown on 3:46 PTG Rating: 5

2 ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.