Melihat seorang wanita mengusung tilam ke sana ke mari dikhalayak ramai memang sesuatu perbuatan yang pelik dan tidak pernah dibuat orang (rasanya).
Namun tidak bagi Emma Sulkowicz, 21, seorang siswi yang menuntut di Universiti Columbia melakukan perkara tersebut sebagai tanda bantahan terhadap kejadian rogol yang menimpa dirinya setelah diterima belajar di universiti tersebut.
Emma yang sedang menuntut dalam jurusan seni visual menjelaskan bahawa tindakan mengusung tilam itu adalah sebahagian daripada tesisnya yang berjudul 'Mattress Performance: Carry That Weight.
Memetik laporan sebuah portal Huffingtonpost.com, Emma turut menceritakan detik dirinya menjadi mangsa rogol oleh salah seorang penuntut lelaki dari universiti itu.
Selepas bebearapa bulan menjadi mangsa perkosaan, Emma dilaporkan telah membuat beberapa aduan kepada pihak pentadbiran universiti, namun usahanya sia-sia apabila pihak universiti menutup kesnya itu kerana si perogol enggan bertanggungjawab atas kejadian berkenaan.
Mstar Online juga melaporkan bahawa Emma bukanlah mangsa pertama yang membuat aduan tentang kejadian rogol yang berlaku di universiti itu. Sebelum itu, terdapat dua lagi mangsa rogol membuat aduan serupa namun pihak universiti terpaksa menutup kes tersebut kerana mahu menjaga nama baik institusi.
Tindakan Emma mengusung tilam itu turut mendapat sokongan sokongan profesornya, Jon Kessler. Kessler menyifatkan bantahan yang disuarakan melalui kaedah ini (seni) adalah sangat signifikan dan mampu memberi kesan yang besar.
Pada akhir temubual, Emma memberitahu akan meneruskan protes tersebut sehingga pihak universiti menangkap dan menyingkir perogolnya keluar dari universiti.

Siswi Universiti Jadi Mangsa Rogol Usung Tilam Tanda Protes
Reviewed by Unknown
on
3:59 PTG
Rating:
Tiada ulasan:
Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih