Servis Terjemahan Dokumen

Ketahui Tanda-Tanda Bila Seseorang Terkena Sihir Atau Diganggu Jin

wanita diganggu jin

Setiap hari bagaikan ada sahaja yang tidak kena, bila melakukan sesuatu perkara semuanya serba tidak menjadi, jiwa sering rasa tidak tenteram, tubuh badan pula kerap merasa letih, lesu dan sakit, namun bila dirujuk pada pakar jiwa atau doktor berhubung masalah yang dihadapi, tidak ada satu pun berani mengatakan diri kita sakit.

Pasti ada yang tertanya-tanya mengapa hal-hal seperti ini terjadi?

Jawapanya mudah, mungkin seseorang itu terkena buatan orang melalui santau, sihir yang diamalkan seseorang yang dengki kelebihan dan kesenagan orang lain atau diganggu mahkluk halus disebabkan tingkah laku, perbuatan, percakapan seseorang yang boleh mengundang marah mahkluk-makhluk ini hingga mengakibatkan berlakunya perkara-perkara pelik, menyeramkan dan misteri terjadi.

Dalam segmen tajaan khas dari pusat rawatan Islam terkenal di Malaysia iaitu Pusat Rawatan Al-Qayyum, penulis akan kongsikan dengan anda semua tentang gejala atau simptom-simptom apabila seseorang itu terkena buatan orang atau diganggu makhluk halus.

Tetapi sebelum itu, suka penulis nak ingatkan diri sendiri dan anda semua bahawa tidak ada satu makhluk pun di alam ini mampu memberikan mudarat seperti penyakit, bala bencana atau manfaat seperti kesenagan, kekayaan, rezeki melimpah ruah atau kesihatan tubuh badan melainkan Allah SWT.

perawat-islam-alqayyum
Klik foto

Di bawah ini, penulis hanya senaraikan 20 simptom-simptom 'popular' yang menunjukkan seseorang itu sedang atau telah terkena gangguan jin dan syaitan akibat dari perbuatan sihir, saka, lintasan atau A'in. Sila klik sini jika anda ingin mengetahui simptom-simptom lain gangguan Jin dan Syaitan yang mungkin tidak pernah diketahui sebelum ini.

1.  Badan terasa berat / lemah / panas / sejuk tanpa sebab munasabah
2.  Badan terasa bisa-bisa / gatal / miang tanpa sebab klinikal
3.  Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal
4.  Bau nafas yang terlalu busuk
5.  Bau wangian / busuk / hanyir / hangit yang tidak diketahui puncanya
6.  Bayi kerap menangis
7.  Belakang tengkuk / bahu terasa berat
8.  Benda bergerak / berubah tempat dengan sendirinya tanpa sebab  munasabah
9.  Bermimpi bayi / kanak-kanak
10. Bunyi air pili dibuka di tandas / bilik mandi
11. Bunyi perabot / benda berat / tukul besi diseret / dihempas di rumah atas (flat, apartment, condo)
12.. Bunyi guli / bola ping-pong / menumbuk dengan lesung di rumah atas (flat, apartment, condo)
13. Bunyi orang berjalan di dalam / tingkat atas rumah
14. Bunyi pasir jatuh di atas syiling atau bumbung rumah
15. Bunyi sesuatu mencakar bumbung / pintu / tingkap
16. Darah haid turun lebih dari 15 hari
17. Gagal melakukan hubungan kelamin tanpa sebab munasabah
18. Gelisah dan panas di tengkuk bila dengar bacaan Al-Quran
19. Hujung jari kaki / tangan sering terasa menyucuk / kebas
20. Kaki atau tangan berasa berat

Fuhh!! Seram..

Sekiranya anda mengalami sekurang-kurangnya tiga simptom yang penulis senaraikan tadi, segeralah pergi berjumpa dengan Perawat Islam yang diyakini untuk mendapatkan rawatan. Jangan biarkan gangguan Jin dan Syaitan berlanjutan dalam tempoh masa yang lama kerana dikhuatiri akan mendatangkan masalah atau penyakit yang lebih serius, kronik hingga sukar diubati. Wallahua'lam.
Ketahui Tanda-Tanda Bila Seseorang Terkena Sihir Atau Diganggu Jin Ketahui Tanda-Tanda Bila Seseorang Terkena Sihir Atau Diganggu Jin Reviewed by Unknown on 9:00 PTG Rating: 5

7 ulasan:

  1. Isteri saya rasa nak makan pulut kuning dan telur

    BalasPadam
  2. Isteri saya nak mintak cerita tapa sebat

    BalasPadam
  3. Saya dah bawak pegi berubat cara islam tapi takada apa jika balik dari berubat isteri saya burubah macan tak nak dengar cakat diya asik nak marah apa bila liha saya.

    BalasPadam
  4. saya ada lebih drpd tiga simptom tapi saya masih tak pasti sama ada saya tkena sihir ataupun tidak .
    pada masa tertentu juga , saya selalu gelisah apabila org membaca doa ataupun al quran . pada sesetengah masa juga saya selalu tserempak dgn pelbagai makhluk halus

    BalasPadam
  5. assalamualaikum, saya ada sedikit permasalahan yang ingin saya kongsikan dan sekiranya ada yang sudi menjawab atau membantu saya. in sha Allah. Masalah yang dihadapi ialah bapa saya sendiri. Beliau bertindak melakukan atau mengatakan perkara yang bukan-bukan. Perkara ini saya sedari selepas beliau keluar dari hospital atas sebab mengalami kecederaan mata semasa bekerja. Beliau sering berselawat ke atas nabi SAW dengan menyapu cincin yang beliau hasilkan sendiri. bukan itu sahaja beliau juga pernah mengatakan ibu saya "iblis" tanpa diketahui ibu, sering bercakap sendiri bahkan semasa saya menulis ini, dia sedang bercakap sendiri. Semasa ibu saya cuba untuk mengubati, beliau marah dan cuba untuk melawan. Selalu juga beliau menasihati saya untuk berdoa kepada Allah ttp dgn cara yg salah bahkan ayat beliau seakan-akan bukan orang yang waras. Saya khuatiri samada beliau overdos dengan ubat yang diberikan atau terkena gangguan jin kerana beliau mempunyai banyak ubat untuk diminum dan makan tetapi beliau menjaga solat malahan membaca al-Quran setiap hari. Selepas solat beliau pasti akan membaca al-Quran. Sekiranya tuan dan puan boleh memberitahu, apakah yang patut saya lakukan? Kerana ibu dan abah seakan-akan tidak sehaluan.

    BalasPadam
  6. Salaam pada pembaca dan admin page ini.Baru2 ni Mak sya bagitahu yang sya ni kena sihir.sya x tau barang2 ni masi wujud lg.Ada tu urg tua bagitahu mama sya.urg yg mbuat pada sya ialah patung Mcm bentuk manusia dan d pakaikan baju sya dan d buat mcm urg yg dah meninggal.3 hari lepas tu d kuburkan.sya baru perasan yg berat badan sya turun betul.dari 54kg me 44kg sekarang ni. Kalo mlm bunyi kerusi yg d sorong tarik urg.bunyi guli jatuh d lantai.badan sya pn sakit2 Sudah.tidur malam pn sya x lena sudah.ada kah cara mengubati sya atau hanya imaginasi sya saja ini.
    Sekian.

    BalasPadam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.