Seiring dengan perkembangan era teknologi dan kadar celik IT semakin tinggi di kalangan masyarakat dunia hari ini, membolehkan sesiapa sahaja tidak mengira peringkat umur atau kedudukan memiliki laman blog sendiri.
Selain proses pendaftaran akaun blog percuma seperti blogspot dan wordpress serta kemudahan akses intertnet yang semakin meluas, kemunculan gajet-gajet terkini di pasaran seperti laptop, tablet dan telefon pintar yang boleh didapati dengan harga murah menjadi faktor kenapa medium blog hari ini diminati ramai.
Apabila melihat teman-teman atau ikon tertentu seperti selebriti dan tokoh terkenal memiliki laman blog sendiri yang mempunyai ramai pengikut dan pembaca serta boleh buat duit melaluinya, pasti akan membuatkan hati kita rasa teruja untuk menyertai mereka.
Tapi, sebelum anda menyertai mereka dan hanyut dalam dunia blogging, ada beberapa perkara asas penting yang perlu diketahui sebelum mendaftar akaun blog.
Membina blog tanpa arah tuju atau sekadar ikut-ikutan merupakan satu kerja yang sia-sia dan hanya membuang masa sahaja. Sebab itulah sebelum melangkah ke dunia blogging kita perlu menetapkan satu matlamat agar apa yang diharap dari blog tersebut membuahkan hasil.
Buat blog kerana hendak buat duit, mencari populariti, provokasi, menyebar fitnah, gosip liar atau menyampaikan informasi. Semua tujuan yang tersenarai ini adalah sebab kenapa orang ingin memliki blog. Anda boleh pilih salah satu di antaranya jika berhasrat memiliki laman blog sendiri.

2. Penetuan Niche Atau Tema Blog
Jika tadi anda sudah mengetahui tujuan kenapa hendak buat blog. Untuk langkah seterusnya pula ialah penentuan niche atau tema blog baru anda. Penggunaan niche yang betul dan bertepatan dengan isi kandungan blog akan membuatkan ramai pengunjung datang ke blog anda.
Sekiranya anda membuat blog untuk tujuan peribadi atau syok sendiri, niche atau tema blog tidak begitu penting dalam hal ini. Cukup lah sekadar dengan nama pena bagi blog anda.

3. Elak Buat Blog Salin Dan Tampal (Copy & Paste)
Ini satu lagi tabiat blogger yang sukar dikikis. Alasan tidak mahir dalam bidang penulisan menjadi punca kenapa segelintir blogger mencari jalan mudah untuk menghidupkan blog mereka dengan melakukan perbuatan ini.

Mencuri hasil tulisan orang lain tanpa memberi tahu atau meletakkan kredit kepada sumber asal adalah perbuatan yang sangat tidak elok diamalkan oleh individu yang menggelarkan diri mereka sebagai blogger.
Jadi, sematkan dalam diri bahawa anda ingin menjadi seorang blogger sejati yang sentiasa memperbaiki kelemahan sendiri biarpun ia mengambil masa yang lama.
4 . Konsiten Dalam Menulis Dan Mengemaskini Blog
Alamak! Ini memang masalah besar yang sering menghantui para blogger di luar sana. Faktor masa menjadi penyebab utama blogger yang ada hari ini menghadkan kegiatan blogging mereka dengan menjadi blogger separuh masa dan menganggap menulis serta mengemaskini blog sebagai hobi sahaja.
Bagi blogger sepenuh masa pastinya hal ini tidak mejadi masalah kepada mereka untuk terus konsisten dalam dunia blogging kerana setiap hasil tulisan atau artkel yang diterbitkan melalui blog masing-masing mampu menjana pendapatan yang lumayan.
Anda tidak perlu risau sekiranya blog jarang dikemaskini kerana ia tidak mempengaruhi pelawat unik yang datang melalui enjin carian seperti Google, Yahoo atau Bing.com. Tetapi masalah pula bagi pelawat atau pembaca setia yang sentiasa menanti cerita atau info terbaru dari blog anda.

5. Miliki Nama Domain Sendiri
Bagi blogger yang berduit, pastinya membeli nama domain untuk blog baru yang dibina tidak menjadi masalah kepada mereka. Sekiranya anda memang serius dengan dunia blogging dan ingin memperkenalkan brand anda sendiri menerusi dunia maya, kenalah mengeluarkan sedikit belanja.
Blog yang mempunyai nama domain sendiri akan diberi keutamaan oleh enjin carian (search engine). Untuk anda yang baru belajar merangkak dalam dunia blogging, tak perlu tergesa-gesa membeli nama domain kerana mahu cepat terkenal. Tapi kalau nak beli juga klik sini dan harganya pula berpatutan.

6. Sasaran Dan Sumber Pengunjung Blog
Selain dari lima faktor di atas, faktor yang terakhir ini perlu diambil kira setiap bakal blogger baru sebelum mendaftar blog. Sekiranya anda sudah tahu tujuan mengapa hendak buat blog, anda juga perlu tahu cara untuk mengenal pasti siapa atau di mana sasaran yang sesuai untuk mempromosikan blog.
Selain dari pertukaran link sesama blogger untuk medapatkan aliran trafik masuk ke blog, anda juga boleh menggunakan flatform laman sosial seperti Facebook, Twitter, Google Plus dan lain-lain dengan menyertai komuniti yang bersesuaian mengikut tema blog anda sebagai alternatif untuk menarik perhatian pembaca yang berminat dengan topik yang ditulis.
Dapat menjalin hubungan yang baik dari kalangan blogger yang sudah terkenal dan mempunyai nama dalam dunia blogging hari ini merupakan satu kelebihan kerana secara tidak langsung blog anda akan turut mendapat tempiasnya apabila aliran trafik yang masuk ke dalam blog tersebut akan mengalir ke blog anda.

Diharap dengan adanya panduan ini dapat membantu anda mepersiapkan diri sebelum terjerumus ke lembah blogging yang penuh cabaran dan dugaan ini. Sekiranya anda berjaya menuruti segala panduan yang diberikan, dangan izin Allah, satu hari nanti anda akan menjadi seorang blogger yang kental dan sejati.
Panduan Penting Yang Perlu Diketahui Sebelum Menceburi Dunia Blogging
Reviewed by Unknown
on
1:15 PG
Rating:
Tiada ulasan:
Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih