Servis Terjemahan Dokumen

Penganjuran Pesta Arak Oktoberfest Di Melaka Bertujuan Untuk Tarik Pelancong

jonker-walk-melaka

Ingatkan hanya di Selangor sahaja ada penganjuran pesta Okteberfest. Rupa-rupanya negeri tempat kelahiran Hang Tuah juga turut tidak ketinggalan terlibat sama dalam penganjuran pesat arak yang mendapat tentangan dari seluruh umat Islam di negara ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Harun dalam satu kenyataan medianya telah mengarahkan pengawai penguatkuasa bagi menghalang umat Islam  daripada meminum arak pada acara 'Oktoberfest' dijangka berlangsung di Jonker Walk pada 18 Oktober ini.

Bagi memastikan perkara ini tidak berlaku, Idris turut memberi jaminan dengan mengenakan tindakan tegas terhadap orang Islam yang didapati meminum arak pada acara berkenaan.

Idris turut menjelaskan bahawa kerajaan negeri  tidak mempunyai hak untuk menyekat mana-mana orang bukan Islam dari meminum arak kerana ia tidak dinyatakan dalam peruntukan undag-undang sedia ada.
Klik foto
Tindakan kerajaan negeri Melaka memberi kebenaran terhapa panganjuran pesta arak Oktoberfest di negeri itu atas alasan untuk menarik pelancong telah mendapat batahan dari Ketua Dewan Ulama Pas Melaka, Zulkifli Ismail Muhammad.

Bagimanapun, batahan yang disuarakan tidak dipeduli kerajaan negeri Melaka kerana pesta Oktoberfest yang dianjurkan itu tidak akan menarik minat orang Islam untuk menyertainya  ekoran tindakan tegas yang bakal dikenakan terhadap orang Islam yang terlibat.

Idiris turut menasihatkan agar pemimpin dan penyokong PAS di negeri itu supaya berfikiran terbuka dan menerima kenyataan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai pelbagai latar belakang bangsa, budaya dan agama.
Penganjuran Pesta Arak Oktoberfest Di Melaka Bertujuan Untuk Tarik Pelancong Penganjuran Pesta Arak Oktoberfest Di Melaka Bertujuan Untuk Tarik Pelancong Reviewed by Unknown on 12:45 PG Rating: 5

3 ulasan:

  1. sedih bila ketua menteri salam yg beragama Islam sanggup membenarkan pesta arak mcm ni.. jom tukar2 link? tq.

    BalasPadam
  2. Ketua Menteri tak dak akai ......

    BalasPadam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.