Servis Terjemahan Dokumen

Sikap Masyarakat Kurang Peka Soal Kebersihan Punca Kes Kematian Akibat Denggi Meningkat

subramaniam-denggi

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam hari ini dalam satu kenyataan medianya melaporkan, angka kematian disebabkan demam denggi di seluruh negara telah meningkat sebanyak 149 kes dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini berbanding 48 kes pada tahun lepas.

Jelasnya lagi, peningkatan ketara angka kematian pada tahun 2014 disebabkan jumlah kes demam denggi yang dilaporkan pada tahun ini naik tiga kali ganda iaitu sebanyak 77,527 kes berbanding tahun sebelumnya iaitu 23,099 kes bagi tempoh yang sama.

Pihak kementerian juga turut menjangkakan dengan perubahan cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini akan menyebabkan berlaku peningkatan kes demam denggi bagi tempoh dua bulan terakhir tahun ini.
Lazada Malaysia

Dr S.Subramaniam turut menegaskan bahawa tiada cara lain lagi untuk mencegah wabak denggi melainkan masyarakat di seluruh negara meningkatkan amalan menjaga kebersihan kawasan kediaman  terutamanya bagi kawasan yang mempunyai catatan kes wabak denggi tertinggi.

Ketika menjawab pertanyaan wartawan mengenai keupayaan jus betik sebagai penawar denggi, Dr Subramaniam menjelaskan bahawa jus betik hanya mampu  mengurangkan kesan  negatif akibat demam denggi dengan meningkatkan kadar platelet darah dan setaka ini, belum ada bukti saintifik menunjukkan jus tersebut mamatikan atau mengurangkan jumlah virus dalam badan pesakit.

Di akhir sidang medianya, Dr S.Subramaniam  berkata, dos pengambilan jus betik yang bersesuaian perlu ditentukan mengikut keadaan pesakit agar ia mampu menjadi penawar alternatif bagi pesakit yang sedang menanggung derita akibat wabak maut ini.
Sikap Masyarakat Kurang Peka Soal Kebersihan Punca Kes Kematian Akibat Denggi Meningkat Sikap Masyarakat Kurang Peka Soal Kebersihan Punca Kes Kematian Akibat Denggi Meningkat Reviewed by Unknown on 1:23 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.