Memahami dan mengetahui selok-belok berkenaan Meta Tags adalah satu keperluan penting bagi seseorang yang bergelar blogger. Tidak kira blog anda itu bertemakan syok sendiri, blog salin dan tampal (copy & paste) atau blog yang memaparkan informasi, pengetahuan asas tentang Meta Tags ini mesti dipelajari kerana ia mampu mempengaruhi perkembangan sesebuah blog itu dari segi jumlah tarifk dan enjin carian.
Apalah ertinya jika memiliki dan mengemaskini blog setiap hari tetapi pengunjung yang datang menjengah ke blog kita itu adalah individu atau dari 'inner circle' yang sama. Lainlah jika anda sememangnya seorang blogger yang sudah terkenal, buat satu artikel tentang kucing beranak, pak sedara diserang cirit-birit atau nenek kahwin lagi tetap ramai orang baca dan komen.
Berbalik kepada tajuk di atas, Meta Tags sebenaranya terbahagi kepada beberapa cabang. Untuk artikel pertama berkenaan Meta Tags ini blog info Anda ingin kongsikan beberapa panduan atau cara mudah untuk menambah Meta Tag yang boleh dipraktikan oleh blogger pada setiap artikel blog yang bakal diterbitkan.
Tentang Meta Tags
Meta Tag atau tag meta merupakan elemen pertama yang digunakan dalam teknik pengoptimuman agen carian (SEO) dan ianya menjadi perhubungan terus antara tag meta ini dengan kandungan atau artikel yang anda tulis.
Cara Menambah Meta Tags Pada Setiap Artikel Blog

- Log masuk ke Blogger
- Pergi ke Dashboard
- Buat satu artikel baru
- Tulis artkel dengan jumlah perkataan yang mencukupi
- Pergi ke Search Description di bahagian sebelah kanan
- Masukkan Search Description atau tajuk artikel blog atau apa sahaja ayat penting yang berkaitan dengan artikel di dalam ruangan yang disediakan
- Akhir sekali, terbitkan artikel dengan menekan butang Publish
Mudah sahaja bukan? Inilah cara terbaik, senang dan pantas untuk menambah Meta Tag pada setiap artikel blog yang kita hasilkan. Benda ini sebenarnya sudah ada lama di Blogger, cuma kita sahaja yang tidak perasan akan kewujudanya. Selamat mencuba
Cara Paling Mudah Menambah Meta Tag Pada Setiap Artikel Blog
Reviewed by Unknown
on
12:41 PTG
Rating:
senang je sebenarnya cuma kita tak pernah nak tahu.
BalasPadamSekarang bila dah tahu kena praktiskan
PadamAda juga blog yang tidak mempunyai search description. Kenapa ya?
BalasPadamKena enable-kan dekat setting
PadamTerima kasih tuan di atas perkongsian ilmu baru bagi saya walaupun dah lama ada kat blog...
BalasPadamSama-sama..kami pun masih belajar dan memahiami selok-belok SEO
Padamsebelum ini mmg tak tahu sgt apa itu meta tag
BalasPadamhttp://www.charityid.com/roslanmajid
www.blogger-lamongan.ml
BalasPadam