Dilaporkan, hampir 1.2 bilion kata laluan (password) dicuri oleh penggodam Rusia. Sebelum ini, kejadian pelanggaran data yang tidak spesifik itu tidak diberikan perhatian serius. Selepas pendedahan itu, secara logiknya orang yang harus mengubah kata laluan mereka. Tetapi menurut F-Secure Labs, ada cara yang lebih baik. Melalui amalan pengurusan kata laluan yang betul, anda tidak perlu mengubah semua kata laluan setiap kali anda mendengar cerita tentang serangan dalam talian.
Menukar semua kata laluan seseorang bukan sesuatu perkara yang mudah dan sangat rumit. Sedangkan pelanggaran data ialah realiti baru dan tidak menjadi persoalan jika berlaku kepada anda. Tapi, soalnya bilakah perkara yang tidak diingini akan berlaku. Mujurlah pengguna tidak perlu menukar kata laluan, sebaliknya cuma perlu mengikuti nasihat -nasihat praktikal berikut. Jadi, bila nada mengalami situasi ini, segalanya berada dalam kawalan dan hanya perlu menukar kata laluan yang terbabit sahaja.
Sehubungan itu, blog Info Anda ingin kongsikan beberapa strategi berkesan bagi mengelak sebarang kesulitan apabila sentiasa menukar kata laluan. Menurut penasihat keselamatan di F-Secure Lab, Sean Sulilivan terdapat lima strategi berkesan yang boleh digunapakai bagi mengatasi masalah kecurian atau kehilangan kata laluan akibat dari serangan siber.
Gunakan Pelbagai Akaun Email
Asingkan akaun dengan membuat alamat e-mail yang berasingan bagi fungsi yang berbeza contohnya untuk peribadi, profesional dan kewangan. Jadi jika satu daripada e-mail itu rosak atau diceroboh, ia tiada kaitan dengan maklumat anda yang lain. Tetapi sila pastikan anda ingat semua kata laluan untuk setiap akaun e-mail yang dicipta itu.
Nama Pengguna Yang Berbeza
Ada khidmat yang membolehkan penggunaan nama pengguna (username) yang unik selain alamat email. Pilihan ini terbaik kerana penjenayah siber atau penggodam tidak dapat lebih maklumat. Pengesahan dua faktor juga boleh digunakan jika ada.
Kata Laluan Unik Setiap Akaun
Adalah lebih baik dan risiko boleh dikurangkan sekiranya anda memberikan maklumat yang diperlukan sahaja untuk sesuatu akaun dalam talian. Jangan terlalu murah hati sehingga memberikan semua maklumat yang tidak diperlukan.
Pantas Bertindak Lebih Selamat
Sekiranya anda dimaklumkan mengenai pelanggaran ke akaun tertentu, tukar sahaja kata laluan terbabit tanpa mengambil masa yang lama. Apabila kita melengah-lengahkan masa untuk menukar kata laluan, ia akan memberi ruang dan peluang kepada penjenayah siber untuk mengeksploitasi akaun anda.

Hakikatnya, untuk menukar amalan pengurusan kata laluan akaun anda seperti yang disarankan mungkin mengambil sedikit usaha. Tetapi dalam jangkamasa panjang, amalan ini lebih memudahkan dan kurang tekanan berbanding jika anda perlu menukar semua kata laluan selepas setiap insiden pelanggaran data dilaporkan.
Selain itu, adalah berbaloi kalau anda menyimpan data peribadi dan indentiti dalam talian dengan menggunakan peralatan yang terbukti selamat. Pelbagai kata laluan yang unik dan login masih boleh diuruskan dengan berkesan menerusi pengurus kata laluan seperti F-Secure KEY.

Melaluinya, hanya ada satu kata laluan induk untuk diingati. Jadi, mudah jika kata laluan yang unik digunakan untuk setiap akaun. Nama pengguna, kata laluan, kod PIN dan data penting yang lain boleh disimpan di dalam aplikasi yang selamat dan percuma. Aplikasi ini juga boleh digunakan pada peranti Android, iOS, Windows dan Mac.
Panduan Mengurus Kata Laluan
Reviewed by Unknown
on
12:25 PG
Rating:
Satu perkongsian yang menarik
BalasPadamasalam harap2 pasword kita tak di godam
BalasPadamjangan diminta...hehe
Padam