Santau atau dalam istilah bahasa Indonesia disebut santet memang sinonim dengan masyarakat Melayu, baik di Malaysia atau di negara jiran. Ia merupakan amalan sihir yang sangat ditegah Islam kerana ia mendatangkan mudarat dan kesengsaraan kepada seseoarang yang terkena buatan tersebut.
Menurut seorang perawat Islam di Pusat Rawatan Al-Qayyum, kebiasaanya amalan sihir ini melibatkan penggunaan bahan beracun dan berbisa seperti jarum, kaca dan sebagainya yang telah didampingi dengan jin atau syaitan.
Sepanjang merawat pesakit, kebanyakan kes santau yang dikenakan ke atas mangsa akan meninggalkan kesan atau membunuh mangsa secara perlahan-lahan. Kerja terkutuk dan syirik tersebut dilakukan dengan beberapa tujuan iaitu ingin membalas dendam, dengki atau iri hati.
Antara akibat atau kesan dari santau ini ialah, mangsa akan mengalami kesakitan fizikal yang kronik seperti kerosakan organ dalaman (jantung, paru-paru, buah pinggang, usus, hati dan sebagainya). Selain dari mengalami sakit kepala dan batuk yang berpanjangan, mangsa antau juga turut mengalami gangguan emosi seperti sering melihat perkara-perkara yang pelik dan menyeramkan serta kemurugan.
Amalan santau ini terdiri dari beberapa jenis, di bawah ini penulis senaraikan jenis-jenis santau yang mungkin ramai tidak tahu.
Santau Makan/Minum
Ramuan santau dimasukkan ke dalam makanan atau minuman secara zahir oleh manusia atau pun secara ghoib dengan menggunakan khidmat jin (khadam). Mereka yang mengambil makanan/minuman tersebut akan menjadi mangsa santau.
Santau Angin
Ramuan santau ‘dituju’ kepada mangsa dari jauh – samada dengan teknik pemujaan atau pun teknik pandangan mata (a’in) dengan melihat mangsa dari jauh. Bagi jenis santau ini, elemen makanan atau minuman adalah tidak diperlukan sama sekali. Ramuan santau akan ‘dihantar dan dimasukkan’ secara ghoib ke dalam badan mangsa berkenaan (biasanya perut atau dada) dengan bantuan jin angin.
Santau Tuju
Santau tuju ini biasanya dilakukan oleh pengamal ilmu hitam bertaraf tinggi. Santau tuju ini adalah sangat kuat dan boleh membunuh mangsa dengan serta merta; atau sekurang-kurangnya penyakit parah akan menyerang mangsa (seperti muntah darah) dengan serta merta. Santau tuju biasanya dilakukan diwaktu selepas tengah malam dengan pemujaan ke atas pakaian, rambut atau barang peribadi pesakit.
Santau Langkah
Santau langkah ‘dikenakan’ kepada mangsa dengan menanam atau meletakkan ramuan santau atau bahan lain seperti duit syiling (atau apa-apa logam yang kecil) yang telah dibacakan mentera jin dan syaiton; di pintu pagar rumah, bawah tangga rumah atau pintu pejabat. Mangsa yang melangkah ‘barang’ tersebut akan menerima kesan sebagaimana orang yang terkena santau angin.
Santau Batuk
Santau batuk ini adalah peringkat awal mereka yang terkena serangan santau. Mangsa akan mengalami batuk yang berterusan walaupun telah banyak mengambil ubat batuk (perubatan moden); kadangkala diiringi dengan sakit kepala. Santau kadangkala tidak memberikan kesan yang serius seperti kerosakkan organ dalaman mangsa. Ini berkemungkinan berlaku kerana tidak diizinkan oleh Allah SWT atau mungkin tukang sihir atau penghantar santau tidak melakukan ‘penghantaran’ santau dengan sempurna mengikut kehendak jin dan syaitan berkenaan. Mangsa yang terkena santau batuk ini masih mempunyai harapan tinggi untuk disembuhkan sepenuhnya melalui rawatan dan perubatan Islam yang segera dan cepat.
Bagi anda yang ingin mengetahui bahan ramuan untuk membuat santau boleh klik sini, tapi harus diingat ia sekadar untuk menambah pegetahuan dan bukan untuk diamalkan.
Biasanya apabila seseorang terkena santau kesanya kita akan dapat lihat dalam masa yang singkat. Menurut keterangan dari blog Pusat Rawatan Al-Qayyum, santau yang dikenakan pada seseorang mungkin akan menyerang sistem badan mangsa selepas 7 hari, 21 hari, 30 hari, 40 hari atau mungkin beberapa bulan. Lambat atau cepat kesan santau ini bergantung pada jenis dan kekuatan santau yang dihantar. Di bawah ini penulis senaraikan secara ringkas simptom-simptom awal seseorang itu terkena santau.
Antaranya ialah, batuk berpanjangan samada kering atau berlendir, sakit kepala berpanjangan, hilang selera makan atau tidak merasa lapar, perut merasa senak, rasa berdebar-debar tanpa sebab, sakit sendi seperti pinggang, bahu, tengkuk dan sebagainya, nafas berbau hanyir atau busuk, sukar tidur malam dan tangan atau kaki kerap merasa kebas.
Mudarat lebih buruk akan menimpa pesakit sekiranya kesan santau seperti yang dinyatakan di atas tidak dapat dikesan dan dirawat dengan segera. Mangsa mungkin akan mengalami salah satu atau lebih simptom-simptom yang lebih serius seperti di bawah.
- Batuk berdarah.
- Gangguan emosi, panas baran atau kemurungan - sehingga boleh menjadi gila.
- Badan menjadi kurus, kulit pucat dan semakin lemah.
- Hilang daya tumpuan dan ingatan.
- Penyakit kulit seperti gatal, ruam dan kudis.
- Mata menjadi kuning serta jari tangan dan kaki kehitaman.
- Sukar untuk berjalan atau mungkin jadi lumpuh dari pinggang ke bawah.
- Kerosakan organ dalaman seperti jantung, paru-paru, perut, usus, buah pinggang, hati, hempedu, rahim dan sebagainya yang akan menjadi semakin kronik (seperti radang, ketumbuhan atau kanser) dan akhirnya membawa maut.
Pusat Rawatan Al-Qayyum |
Sekiranya pesakit ingin mendapatkan rawatan bagi mengubati penyakit yang diakibatkan dari perbuatan sihir ini, disarankan supaya mendapatkan rawatan yang bedasrkan perubatan Islam yang diyakini menggunakan ayat-ayat suci Quran (Ruqyah Syariyyah) serta bahan-bahan rawatan tidak bertentangan dengan Syariat Islam dan Hukum Syarak DAN tidak memudaratkan pesakit (bertepatan dengan kondisi Pesakit).
Jangan ingat wanita selepas melahirkan anak sahaja kena berpantang. Pesakit yang terkena santau juga turut dinasihatkan supaya berpantang terutama sekali dalam bab makanan sehingga penyakit yang diubati tadi benar-benar sembuh atau berpantang sampai bila-bila. Elakkan dari makan atau minum yang berasaskan limau, nenas, cuka, rebung, serai, pulut, organ-organ dalaman haiwan seperti paru, hati perut, limpa, kaki ayam, leher ayam, ikan berduri dan sebagainya.
Bagi pesakit yang gemar makan pedas atau bercili serta minuman berais juga dinasihatkan supaya mengurangkan tabiat tersebut. Kesan atau penyakit yang berpunca dari satau ini berkemungkinan akan bertambah parah sehingga boleh membawa maut sekiranya pesakit GAGAL atau MELANGGAR pantang.
Ramuan Untuk Membuat Santau
Reviewed by Unknown
on
10:00 PG
Rating:
Tiada ulasan:
Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih