Servis Terjemahan Dokumen

Gara-Gara Status Facebook 'Semua Orang Dijemput' Gadis Biasa Jadi Popular

Rubi-Ibarra-Garcia

Seorang remaja perempuan yang bersedia untuk menyambut ulang tahun kelahiranya yang ke-15 di sebuah perkampungan kecil La Joya, San Luis Potosi, terkejut apabila majlis tersebut dihadiri beribu-ribu tetamu secara tiba-tiba.

Selain orang ramai, majlis itu turut mendapat liputan media tempatan, membuatkan remaja berkenaan, Rubi Ibarra Garcia dan kedua ibu bapanya tidak mampu berbuat apa-apa.

Difahamkan, apa yang berlaku itu berpunca dari kesilapan ibu bapa remaja berkenaan yang memuat naik undangan ke majlis tersebut secara terbuka di menerusi laman sosial, Facebook.

Crescencio dan isterinya, Ana Elda terlupa untuk memasukkannya pada bahagian 'persendirian' menyebabkan undangan itu tersebar kepada lebih sejuta orang.

Hal tersebut menyebabkan Ruby menjadi popular secara tiba-tiba di Mexico selepas jemputan hari lari dan sambutan 'quiceanera' tersebar di Facebook.

Upacara 'quiceanera' merupakan simbol bagi menandakan seorang gadis akan meninggalkan alam kanak-kanak dan memasuki alam remaja, lazimya ia diraikan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat dengan diikuti upacara keagamaan.

Ekoran dari kejadian itu, Rubi menerusi status Facbook miliknya memohon maaf dan berharap agar tiada pihak yang kecewa kerana apa yang berlaku itu di luar jangkaanya.

Gadis berkenaan yang memakai gaun berwarna merah jambu kelihatan hampir menangis melihat hadirin yang bersesak-sesak sebaik sahaja tiba di majlis berkenaan.

Majlis itu turut dikawal oleh anggota polis selepas dimaklumkan beribu-ribu orang lagi akan menghadiri sambutan hari jadinya.
Gara-Gara Status Facebook 'Semua Orang Dijemput' Gadis Biasa Jadi Popular Gara-Gara Status Facebook 'Semua Orang Dijemput' Gadis Biasa Jadi Popular Reviewed by Kluang Today on 3:14 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.