Servis Terjemahan Dokumen

Pemimpin Politik Hanya Bertuala Di Tempat Awam


OMG! Setelah empat hari tidak mandi ekoran dari masalah ketiadaan air, seorang pemimpin politik tempatan, Jamal Md Yunos hari ini membuat keputusan datang ke pejabat menteri besar Selangor  untuk menumpang mandi.

Jamal yang juga Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia  datang bersama peralatan untuk kegunaan mandi lain seperti sabun dan berus gigi sebagai tanda protes terhadap kerajaan negeri yang gagal mengurus masalah air di negeri ini.

Ketika ditemui wartawan di hadapan pintu masuk Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor, Jamal turut meluahkan rasa kecewa terhadap pentadbiran Menteri Besar, Azmin Ali kerana tidak pernah mengambil pengajaran dari masalah air yang pernah berlaku sebelum ini.

Beliau yang tiba kira-kira jam 9.40 pagi itu berhasrat untuk mandi di pejabat Menteri Besar dan menunggu hampir 45 minit sebelum beredar dari kawasan SUK.
Pemimpin Politik Hanya Bertuala Di Tempat Awam Pemimpin Politik Hanya Bertuala Di Tempat Awam Reviewed by Kluang Today on 12:37 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.