Servis Terjemahan Dokumen

Sukar Tidur Simptom Pertama Masalah Mental

girl-clok-sleep

Ramai antara kita menganggap tidur berkualiti itu satu perkara remeh yang tidak perlu dititik beratkan.

Namun, sedarkah anda bahawa susah tidur merupakan tanda-tanda paling awal bagaimana seseorang itu boleh mengalami masalah kesihatan mental.

Tetapi jangan salah sangka. Ini tidak bermakna seseorang itu bakal mengalami sakit jiwa jika tidak cukup tidur untuk satu tempoh tertentu dalam dianogsis perubatan.

Sebaliknya, kurang tidur berkualiti memberi petanda seseorang itu mungkin sedang mengalami kemurungan, tekanan perasaan, atau gangguan jiwa yang lain termasuk kegelisahan. Sakit mental merupakan kemuncak kepada masalah tidur yang berlarutan.

Mengapa kita perlu tidur berkualiti? Saat tidur nyenyak, badan akan menghasilkan hormon Melatonin yang dihasilkan antara pukul 10 malam hingga 2 pagi dan hormon itu terhasil dalam keadaan gelap sahaja.

Kekurangan hormon ini berhubung rapat dengan faktor risiko penyakit kanser pada pekerja shif malam.

Hormon lain yang terhasil semasa tidur adalah kortisol dan hormon pertumbuhan.

Kekurangan hormon itu boleh menyebabkan timbul gejala seperti mudah penat, cemas, osteoperosis dan tekanan perasaan.

Menurut laman web www.health.harvard.edu, lebih daripada 70 jenis masalah gangguan tidur dikenal pasti dan yang paling biasa adalah insomnia, kesukaran bernafas ketika tidur dan narcolepsy iaitu mengantuk melampau pada waktu siang.

Dalam masalah tekanan perasaan atau depresi, kajian yang menggunakan pelbagai kaedah dan populasi di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan kira-kira 90 peratus orang dewasan dan kanak-kanak menghidap gangguan berkaitan kesihatan mental mengalami kesukaran tidur.

Dalam erti kata lain, sukar tidur berisiko tinggi menyebabkan seseorang mengalami tekanan perasaan. Itu belum termasuk masalah gangguan bipolar atau keresahan.

Terbukti bahawa tidur yang berkualiti adalah satu faktor yang amat penting dalam memastikan kesihatan mental seseorang berada dalam keadaan baik.

Justeru, jangan ambil mudaj jika anda mengalami kesukaran untuk tidur. Dapatkan pandangan pengamal perubatan jika itu berlaku pada anda.
Sukar Tidur Simptom Pertama Masalah Mental Sukar Tidur Simptom Pertama Masalah Mental Reviewed by Kluang Today on 2:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.