Seorang bapa hari ini mengaku bersalah di hadapan Hakim kerana merogol anak kandung sendiri yang berusia 16 tahun.
Tertuduh, 38, yang juga seorang gelandangan, mengaku melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa hampir setiap hari antara 27 Ogos dan 7 September lalu di sebuah premis di Lorong Haji Taib.
Ketika hukuman dijatuhkan, Hakim Datin M. Kunasundari berkata, kesalahan dan perbuatan tertuduh itu yang sepatutnya melindungi anaknya itu sebaliknya telah merosakkan masa depan mangsa.
Jelas beliau lagi, kesalahan yang dilakukan tertuduh itu sama sekali tidak boleh dimaafkan dan wajar dikenakan hukuman yang setimpal.
Dalam pada itu, tertuduh dihukum penjara 60 tahun dan sebatan 90 kali bagi sembilan pertuduhan rogol.
Manakala, bagi kesalahan seks oral pula, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan sebatan sebanyak 20 kali.
Bagi pertuduhan merogol pula, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan 10 kali sebatan.
Bapa Rogol Anak Dihukum Sebat 110 Kali
Reviewed by Kluang Today
on
11:33 PTG
Rating:
Tiada ulasan:
Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih