Seorang nenek membawa cucu lelaki kembali semula ke klinik tempat bayi itu dilahirkan kerana mendakwa kakitangan klinik tersebut telah menukar cucunya dengan yang lain kerana bayi itu hodoh untuk menjadi ahli keluarganya.
Wanita yang identiti tidak didedahkan itu menyerang klinik yang terletak di Santa Marta, utara Colombia bersama bayi serta ibunya.
Dia menuntut supaya bayi itu ditukar kembali namun kakitangan klinik memaklumkan tiada sebarang pertukaran berlaku dan hanya seorang bayi lelaki yang dilahirkan di klinik berkenaan pada hari tersebut.
Setiausaha Kesihatan majlis perbandaran Santa Marta, Carlos Pallares berkata, nenek berkenaan tidak begitu gembira dengan bayi itu.
"Dia tidak dapat menerima bayi berkenan sebagai ahli keluarga baru dan membuat keputusan untuk kembali semula ke klinik bersama bayi dan ibu bayi berkenaan untuk mengembalikannya semula," katanya dipetik MailOnline
Carlos berkata, wanita itu pulang ke rumah dengan bayi selepas kakitangan klinik melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas bayi berkenaan.
Sementara itu, jurucakap majlis bandar, Chadan Rosado, nenek berkenaan sedang menjalani rawatan psikologi dan menyeru orang ramai supaya tidak terlalu cepat menghukum tindakan wanita itu.
Bagaimanapun tidak jelas, penyebab sebenar nenek berkenaan mendakwa cucunya itu hodoh.
Nenek Tuntut Bayi Ditukar Kerana Hodoh
Reviewed by Kluang Today
on
10:48 PG
Rating:
Tiada ulasan:
Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih