Menerusi satu tinjauan yang dilakukan kami di media sosial mendapati rata-rata Netizen mengeluh apabila nilai mata wang negara jatuh kepada RM4.50 hari ini berbanding dolar Amerika.
Mereka mengeluh bukan kerana tidak dapat berbelanja untuk membeli barang keperluan harian, tetapi kerana hasrat untuk membeli barangan berjenama secara atas talian (online) dan pergi melancong ke luar negara terpaksa ditunda atau dibatalkan ekoran kejatuhan nilai ringgit.
Menurut seorang pengguna laman sosial, Wan Hassan Wan Ali berkata kejatuhan nilai ringgit berpunca dari ketidakcekapan kerajaan hari ini dalam mengurus ekonomi negara.
Selain itu, pemilik laman Facebook itu turut menyalahkan orang Melayu yang tinggal di kampung kerana kurang cerdik dan terus memberi sokongan kepada pemerintah hari ini.
Bagaimanapun, kenyataan tersebut disangkal seorang lagi Netizen dengan mendakwa bahawa orang kampung lebih cerdik dari orang bandar kerana mereka membeli barang keperluan harian tidak menggunakan US dolar.
Menurut data yang kami perolehi dari Bloomberg, ringgit dijangka terus berdepan dengan tekanan selepas melepasi paras psikologi RM4.50 pada tengah hari semalam.
Ringgit mencecah titik terendah pada nilai RM4.88 berbanding AS$1 pada Januari 1998.
Perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad kemudiannya memutuskan ringgit ditambat pada kadar RM3.80 berbanding dolar.
Malaysia menarik semula tambatan ringgit pada 2006, yang menyaksikan nilai mata wang negara meningkat berbanding dolar .
Mengeluh Tak Dapat Melancong Luar Negara Kerana Nilai Ringgit Jatuh
Reviewed by Unknown
on
12:06 PTG
Rating:
Tiada ulasan:
Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih