Servis Terjemahan Dokumen

Persediaan Penting Sebelum Bergelar Suami

info-suami
Setelah bertahun-tahun menjalinkan hubungan cinta, sudah pasti setiap pasangan yang bercinta itu mahu hubungan kasih dan sayang dibina selama ini berakhir dengan satu ikatan perkahwinan yang sah.

Tetapi sejauh manakah pasangan ini bersedia untuk melaksanakan tanggungjawabnya selepas berkahwin. Bagi wanita yang bakal bergelar isteri pasti berharap bakal suaminya seorang yang bertanggunjawab dan memiliki akhlak terpuji.

Bagi lelaki yang bakal bergelar suami dan ketua keluarga pula sering berharap dan berdoa agar dirinya dapat menjadi suami yang baik dan boleh diharap apabila memikul tanggungjawab

Justeru bagi bakal pengantin, persediaan asas yang merangkumi fizikal dan mental perlu ada sebaik sahaja bergelar suami. Semoga dengan panduan yang disediakan ini dapat membantu memotivasikan diri sebelum bergelar suami.

Fizikal

Aspek fizikal merupakan faktor penting yang bakal menentukan samada anda layak menjadi suami atau tidak. Pastikan tubuh badan sentiasa sihat dengan melakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengenal pasti jika ada sebarang masalah. Ini penting kerana selepas berkahwin, anda bukan sahaja perlu menjaga diri sendiri bahkan isteri dan anak-anak yang bakal lahir. Bagaimana anda mahu menjaga mereka sekiranya diri sendiri tidak sihat?

Persediaan Mental

Kekuatan mental merupakan komponen paling penting dalam membina sebuah institusi keluarga yang bahagia. Mental kita perlu berada pada tahap yang terbaik bagi melancarkan kebahagian berumah tangga yang bakal dibina. Selepas berkahwin pasti akan datang pelbagai ujian dan dugaan dalam rumah tangga. Ia mungkin berpunca daripada suami isteri itu sendiri atau pun orang luar. Jika mental tidak kuat, rumah tangga yang dibina boleh hancur dalam sekelip mata.

Pengetahuan

Perbanyakkan membaca membaca buku untuk menimba pengetahuan bagi menjadi suami terbaik. Atau mungkin boleh bertanya terus kepada yang berpengalaman. Pegetahuan kehidupan sebagai seorang suami pastinya berberza kerana ia turut melibatkan banyak pihak lain. Terlalu banyak hati dan berasaan perlu dijaga. Sebaai ketua keluarga, suami harus bijak menangani apa jua situasi agar tiada pihak tersinggung.

Ilmu Agama

Perkahwinan bukanlah perkara suka-suka sebaliknya suami bakal memikul tanggungjawab yang lebih berat. Sebagai persediaan, seseorang lelaki harus mempelajari ilmu agama untuk dijadikan tiang kebahagian berumah tangga. Tanpa elemen yang satu ini, agak sukar bagi suami untuk mengawal hala tuju rumah tangga yang dibina bersama isteri tercinta. Dengan ilmu agama yang ada, masalah juga boleh diselesaikan dengan lebih mudah.

Kewangan

Memang betul mengumpul wang adalah tanggungjawab suami isteri. Namun sebahai suami, ada nafkah zahir kepada isteri yang dituntut dalam agama. Jika dahulu lelaki hanya menyediakan bajet untuk diri sendiri namun kini tidak lagi. Selain perlu menyara isteri, suami juga perlu membuat persediaan bagi menyambut zuriat yang bakal dikurniakan. Semua ini memerlukan perbelanjaan yang besar dan lelaki yang bakal bergelar suami harus bersedia dari sekarang.

Transformasi Sikap

Gelaran suami seharusnya menjadikan lelaki seorang lebih bagus dari diri mereka yang sebelumnya. Selepasa berumah tangga, lelaki harus terbuka melakuksn perubahan sikap dari negatif kepada posotif. Singkirkan sikap yang boleh menghancurkan diri sendiri dan juga keluarga tercinta terutamanya sikap ego melampau. Berlajarlah untuk menjadi anak yang terbaik buat ibu, suami yang terbaik buat isteri dan manjadi bapa yang terbaik untuk anak-anak.
Persediaan Penting Sebelum Bergelar Suami Persediaan Penting Sebelum Bergelar Suami Reviewed by Unknown on 10:13 PTG Rating: 5

1 ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.