Servis Terjemahan Dokumen

Toyota Wish You Bankrupt! Ha Ha Ha

watie-toyota-wish

Biar papa asal bergaya..Kalau tak mampu pakai Toyota Wish harga RM150,000, pakailah Perodua Myvi RM40,000. Tak mampu juga, pakai je Proton Saga second hand RM20,000 beli tunai tanpa hutang.

Sebab kau nak juga pakai Toyota Wish tu, kau guna nama kawan untuk buat pinjaman bank. Asal boleh. Kalau saya, memang saya tak bagi orang pinjam buat hutang atas nama saya.

Lepas bertahun-tahun pakai, kau mulalah malas nak bayar ansuran bulanan, cukai jalan, insurans. Malas ke, tak mampu ke entahlah. Sebelum ni, dah janji nak bayar cantik, kan.

Kesian kat kawan kau tu sampai jadi muflis. Kawan kau bawa kes masuk mahkamah memang masaklah kau. Sekali dia saman kau sampai RM707,000 tak ke naya.

Sebab Toyota Wish RM150,000 tu, kau seronok bergaya dengan kereta baru dan mewah macam kau mampu milikinya. Padahal ada orang lain yang sengsara dimufliskan.

Benda ni, mungkin boleh berlaku kat kita juga. Adik bagi pinjam nama kat abang kakak untuk beli kereta. Atau anak bagi pinjam nama kat mak bapak untuk beli kereta idaman mereka.

Kalau nak hadiahkan kereta kat mak bapak, hadiahkan terus. Tak payah pinjam-pinjam nama. Bagi jelas. Sebab benda ni, boleh putus sahabat, adik beradik bermasam muka.

Ambil pengajaran okay! Kalau kau tak faham cerita ni maksudnya kau tak follow gosip-gosip artis Malaysia. Saya follow jugalah sikit-sikit. Takkan asyik baca pasal hartanah je, kan.

Haha!

Kredit:  #harithfaisal
Toyota Wish You Bankrupt! Ha Ha Ha Toyota Wish You Bankrupt! Ha Ha Ha Reviewed by Kluang Today on 9:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.