Servis Terjemahan Dokumen

Disangka iPhone Rupanya Ubi Kentang

potato-iphone-omg

Kisah ini berlaku di London. Seorang wanita terkejut apabila mendapati bungkusan kotak telefon pintar yang dibelinya mengandungi ubi kentang.

Mangsa berkenaan yang enggan dikenali itu berkata, dia diperdaya oleh seorang lelaki yang menjual telefon pintar jenama iPhone 6 pada harga AS$100 (RM411.55) baru-baru ini.

Lelaki tersebut memberitahu mangsa terbabit bahawa bahawa telefon pintar itu sudah diaktifkan.

Malah mangsa turut meminta lelaki itu supaya menghubungi telefon bimbit tersebut bagi memastikan ia benar-benar berfungsi.

Mangsa menyerahkan wang AS$100 dan beredar bersama sebuah kotak yang kononya mengandungi sebuah iPhone berserta resit.

Sampai sahaja di rumah, mangsa terkejut melihat bungkusan berkenaan mengandungi ubi kentang bersama-sama alat pengecasnya sekali.
Disangka iPhone Rupanya Ubi Kentang Disangka iPhone Rupanya Ubi Kentang Reviewed by Kluang Today on 2:40 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.