Servis Terjemahan Dokumen

Video Detik Pembunuhan Jong Nam Viral Di Media Sosial

kim-jong-nam-video

Kisah pembunuhan abang tiri kepada Presiden Korea Utara, Kim Jong-Un menjadi semakin panas apabila sebuah stesen televisyen asing menyiarkan satu video klip yang memaparkan detik pembunuhan warga Korea Utara itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) malam semalam.

Video berdurasi tiga minit itu memperlihatkan kelibat dua wanita warga Vietnam dan Indonesia yang kini ditahan polis menghampiri Jong-Nam lalu mencekik dan menekap sesuatu di muka Jong-Nam.


Sebelum dua wanita itu membunuh mangsa, kelibat Jong-Nam dilihat berjalan seorang diri melintasi pintu masuk dan bergerak menuju ke kios daftar masuk layan diri.

Kejadian bunuh tersebut berlaku begitu pantas, kurang daripada tiga saat. Menerusi video berkenaan, dapat dilihat Jong-Nam sempat membuat aduan kepada pegawai dan dibawa ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

Namun, Jong-Nam rebah sebelum diusung masuk ke bilik rawatan.
Video Detik Pembunuhan Jong Nam Viral Di Media Sosial Video Detik Pembunuhan Jong Nam Viral Di Media Sosial Reviewed by Kluang Today on 12:45 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.