Servis Terjemahan Dokumen

6 Sebab Kenapa Telefon Pintar Semakin Digilai Ramai

telefon-pintar-digilai

Telefon pintar atau dalam bahasa orang putihnya disebut smartphone kini menjadi tumpuan banyak pihak termasuk pengguna. Malah, kecanggihannya boleh menjejaskan gajet lain di pasaran.

Contohnya, apabila gajet pintar ini dilengkapi dengan kamera canggih, keperluan pengguna  terhadap kamera digital kompak, kamera video atau kamera DSLR sudah tentu tidak ketara. Jadi, apabila pengguna pergi mengemabara atau melancong , mungkin mereka hanya perlu membawa sebuah telefon pintar serta aksesorinya.

Di bawah ini, penulis kongsikan beberapa fakta menarik mengenai telefon pintar yang menjadikanya  lebih berguna berbanding dengan peranti yang lain.

Lazada Malaysia 

1 Kamera utama telefon pintar makin bagus dengan sensor lebih besar dan ciri lebih canggih. Begitu juga dengan kamera kedua untuk selfie dan panggilan video. Boleh dijadikan alternatif kepada kamera digital, video atau DSLR.

2 Apabila pergi mengembara, anda mungkin tidak perlu membawa laptop atau cakera keras WiFi. Ini kerana ada telefon pintar yang menyokong storan lebih mudah alih, seperti kad memori micro SD, thumbdrive dan awan (cloud).

3 Sesetengah laptop dan tablet ada sambungan WiFi dan Bluetooth sahaja. Sedangkan sambungan lain seperti 3G, 4G LTE dan NFC biasanya ada ditelefon pintar terkini. Jadi, membawa telefon pintar sahaja mungkin sudah memadai.

4 Kebayakkan telefon pintar dilengkapi fungsi Wifi hotspot untuk membolehkan capaian internet dikongsi dengan pengguan yang lain. Jadi, modem, router mudah alih 3G, 4G mungkin tidak perlu dibawa apabila ingin berkongsi internet.

5 Penggunaan telefon pintar dengan dwi SIM boleh megelak dari membawa dua telefon pintar yang berbeza. Jika kapasiti baterinya besar dan boleh ditukar dengan bateri gantian, maka power bank mungkin tidak perlu dibawa lagi.

6 Biasanya kita boleh memasang pelbagai aplikasi yang diperlukan seperti aplikasi penunjuk arah selain aplikasi yang sedia ada. Mungkin laptop tidak diperlukan jika ingin membuat kerja-kerja ringan yang boleh dilakukan melalui telefon pintar.
6 Sebab Kenapa Telefon Pintar Semakin Digilai Ramai 6 Sebab Kenapa Telefon Pintar Semakin Digilai Ramai Reviewed by Unknown on 9:56 PTG Rating: 5

1 ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.