Servis Terjemahan Dokumen

Nora Danish Kesal Foto Wajahnya Seringkali Dijadikan Modal

nora-danish-seksi-dapur

Pelakon wanita terkenal tanah air yang masih lagi berstatus janda iaitu Nora Danish dilaporkan telah membuat dua aduan polis terhadap penyebaran klip video You Tube berdurasi 1 minit yang meneksploitasi wajahnya untuk tujuan melakukan keganasan.

Menerusi video klip pendek tersebut kelihatan empat lelaki berbaju hitam sambil menutup muka dengan menggelarkan diri mereka sebagai Anak Muda Malaysia mengancam untuk menyerang mahkamah pada 18 Februari ini pada pukul 11.30 malam.

Dalam video klip berkenaan, mereka memberi tahu akan membakar bunga api bukan untuk meraikan Tahun Baru Cina tetapi sebagai tanda protes terhadap sistem keadilan negara.

nora-danish-isis

Dipercayai, ancaman tersebut dibuat atas sebab rasa tidak puas hati terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang baru-baru ini telah mengekalkan sabitan bersalah dan hukuman penjara terhadap pertuduhan liwat yang dikenakan ke atas seorang tokoh politik tempatan.

Bagaimana pun, Nora Danish, enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut sambil berkata biar pihak polis menjalankan siasatan terperinci berkenaan hal ini ketika menjawab pertanyaan wartawan menerusi aplikasi Whatsapp.

Jelas Nora lagi, dia sendiri tidak pasti apa motif sebenar gambarnya digunakan oleh mereka dalam klip video berkenaan.
Nora Danish Kesal Foto Wajahnya Seringkali Dijadikan Modal Nora Danish Kesal Foto Wajahnya Seringkali Dijadikan Modal Reviewed by Unknown on 9:41 PTG Rating: 5

1 ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.