Servis Terjemahan Dokumen

Mengular Ketika Waktu Kerja Sudah Menjadi Tradisi Bagi Penjawat Awam

penjawat-awam-mengular-1

Berita penjawat awam ditangkap mengular ketika waktu bekerja tiba-tiba menjadi bualan hangat di media sosial. Namun, bagi yang sudah biasa melihat situasi begini, ia bukan lah sesuatu yang mengejutkan apatah lagi nak dihairankan kerana tradisi mengular di kalangan penjawat awam ini bagai sudah menjadi adat mereka.

Biarpun tidak semua penjawat awam berkelakuan sebegitu kerana nawaitu atau niat mereka bekerja untuk menyara keluarga dengan mencari rezeki yang halal, tetapi disebabkan sikap jelek sebilangan penjawat awam ini, maka yang tidak terlibat pun ikut terpalit sama. Bak kata pepatah Melayu, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Lawatan mengejut yang dilakukan Unit Integriti SUK Selangor bersama Dato’ Haji Mohammed Khusrin Haji Munawi di bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (SSAAS) baru-baru ini telah membuatkan beberapa penjawat awam terkedu apabila ditangkap ketika sedang asyik menjamah sarapan pagi dan membeli-belah di situ.

penjawat-awam-mengular-2

Perisitiwa tangkapan yang berelaku ini juga turut mendapat reaksi pelbagai pihak terutama sekali orang awam yang melihat,menilai dan menganggap perbuatan mengular ketika waktu kerja ini sebagai memalukan kerana rata-rata  penjawat awam yang ditangkap adalah beragama Islam.

Memetik kenyataan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) seperti yang dilaporkan di sini, Datuk Azih Muda berkata perkara ini berlaku disebabkan tekanan hidup dan perasaan akibat gaji tidak setimpal.

Beberapa komentar di laman sosial turut mempersoalkan kenyataan Presiden Cuepacs tersebut dengan menyatakan sekiranya penjawat awam bergaji rendah dan tidak mempunyai wang yang cukup kenapa mereka mempunyai banyak masa untuk menjamu selera di kefe-kefe atau membeli-belah ketika waktu kerja.

penjawat-awam-mengular-3

Dalam satu maklumbalas lain pula, alasan gaji bekerja di sektor awam rendah dan tidak setimpal sepatunya tidak boleh dijadikan alasan untuk penjawat awam mengabaikan kerja mereka kerana ia ada adalah amanah yang perlu dilaksanakan.

Sekiranya budaya tidak sihat ini dibiarkan, dipandang sebelah mata atau ada pihak cuba membelanya, dkhuatiri ia akan menjejaskan produktiviti kerja serta mengganggu sistem penyampaian kerajaan. Pihak atasan terutama sekali ketua-ketua jabatan dalam sektor perkhidmatan awam disaran supaya lebih peka dengan mengambil tahu pergerakan pekerja bawahan masing-masing.

Sesiapa yang diterima bekerja di sektor awam nasib mereka dianggap lebih baik jika hendak dibandingkan dengan golongan pekerja yang berkerja disektor swasta atau perkilangan kerana segala kenaikan samada pangkat, gaji mahupun bonus bergantung pada prestasi kerja atau KPI, itu tidak termasuk diskriminasi yang berlaku dalam organisasi syarikat.
Mengular Ketika Waktu Kerja Sudah Menjadi Tradisi Bagi Penjawat Awam Mengular Ketika Waktu Kerja Sudah Menjadi Tradisi Bagi Penjawat Awam Reviewed by Unknown on 12:43 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.