Servis Terjemahan Dokumen

Jawapan Kenapa Mencari Kerja Idaman Di TaskV.com Sangat Berbaloi

work-online-from-home-taskv

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Walaupun pepatah ini bunyinya biasa-biasa sahaja tetapi ia cukup memberi inspirasi kepada individu yang ingin berjaya dalam hidup. Hidup tidak akan berjaya tanpa usaha. Usaha pula boleh dilakukan dalam banyak cara, salah satu darinya ialah dengan bekerja selain berdoa dan tawakal.

Dengan berkembang pesatnya dunia teknologi maklumat hari ini, peluang untuk mendapatkan perkerjaan menjadi semakin mudah serta skop kerja yang ditawarkan juga pelbagai sehingga kita diberi pilihan untuk memilih kerja yang diidamkan dengan tawaran gaji lumayan dan yang paling seronoknya kita boleh melakukan tugasan yang diberi di mana-mana sahaja.

Dewasa ini, kita tidak lagi perlu bersusah payah mencari kerja idaman yang selalu diimpikan. Tidak perlu pergi atau merantau terlalu jauh semata-mata ingin mencari pekerjaan. Hanya duduk di rumah atau di bawah pokok, anda sudah boleh bekerja dan yang penting sekali anda mesti mahir menggunakan komputer serta berkomunikasi dalam bahasa omputeh (bahasa inggris).

Dalam artikel tajaan kali ini, blog Infoanda.net ingin berkongsi dan memperkenalkan sebuah portal mencari pekerjaan atas talian (online) yang semakin popular serta menjadi pilihan ramai. Perkhidmatan mencari pekerjaan secara atas talian yang dikelolakan oleh TaskV.com ini sangat unik dan berbeza dari portal pekerjaan online yang biasa kita layari. Portal pekerjaan ini lebih mengutamakan pelangganya yang ingin mencari pekerjaan yang dilakukan tidak mengira tempat dan waktu termasuk di rumah.

Selain itu, skop perkhidmatan mencari perkerjaan yang ditawarkan olek TaskV.com ini sangat luas kerana ia tidak hanya tertumpu di dalam negara tetapi diperingkat antrabangsa juga seperti dari Amerika, Canada, negara Eropah dan Asia. Maka sebab itu lah kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggris menjadi sebahagian daripada syarat penting jika anda berhasrat menyertai program ini.

Boleh percaya ke khidmat cari kerja online yang ditawarkan oleh TaskV ini? Anda tidak perlu risau kerana pihak TaskV.com sendiri akan memantau, mengenalpasti, menyaring serta mengemaskini setiap tawaran kerja yang diterima sebelum dimaklumkan kepada para pelangganya melalui email mengikut skop kerja yang dipilih.

Jadi, tidak rugi kiranya ada mendaftar sebagai ahli di sini. Anda tidak perlu mengeluarkan modal yang besar semata-mata untuk mendapatkan pekerjaan idaman. Oleh kerana pihak TaskV.com amat memahami setiap kehendak bakal pelangganya, maka yuran keahlian yang ditawarkan juga sangat berpatutan dan fleksibel seperti jadual di bawah. Bagi anda yang ingin mencari kerja melalui portal ini, terdapat 5 plan keahlian yang boleh dipilih.

Apa yang istimewanya plan-plan ini ialah semakin lama kita menjadi ahli semakin murah kadar yuran yang dikenakan. Menurut maklumat dari TaskV.com, kebanyakan pelanggan mereka lebih gemar mengambil plan keahlian 1 tahun kerana tidak perlu memperbaharui berulangkali plan yang dilanggan apabila sudah tamat tempoh.

1 Minggu - RM7.00 (RM1.00 Sehari)
1 Bulan - RM17.00 (RM0.56 Sen Sehari)
3 Bulan - RM27.00 (RM0.30 Sen Sehari)
6 Bulan - RM37.00 (RM0.20 Sen Sehari)
1 Tahun - RM47.00 (RM0.12 Sen Sehari)

Untuk satu tempoh masa terhad, pihak TaskV.com juga turut memberikan potongan atau diskaun hampir 70% kepada pelangganya yang membeli plan keahlian selama satu tahun (Diamond Plan). Bagi ahli yang melanggan plan ini hanya perlu membayar RM14.99 sahaja iaitu bersamaan RM0.04 sen sehari. Wow!

Bagi medapatkan tawaran diskaun seperti yang dinyatakan tadi. Anda perlu mendaftar sekarang di sini kerana tarikh sah tawaran diskaun yang diberi ini akan berakhir pada 28hb Feb 2015 ini. Pastikan semasa anda mendaftar sila sertakan kod promosi REVIEW ini pada ruangan yang disediakan. Ikuti panduan di bawah sekiranya anda kurang jelas bagaimana cara untuk mendaftar dan mendapatkan tawaran diskaun.

Langkah 1: Pergi ke laman http://taskv.com
Langkah 2: Isi nama, alamat email & pilih kategori kerja yang di inginkan.
Langkah 3: Sahkan alamat email dengan klik pada link yang di hantar oleh TaskV.com
Langkah 4: Cipta login info, maklumat akaun dan masukan promotion code ke ruangan di sediakan.
Langkah 5: Teruskan proses pembayaran di PayPal & selesai. Boleh akses serta merta setelah bayaran selesai.

Terdapat banyak faedah yang akan diterima sekiranya sudah menjadi ahli. Antaranya ialah peluang bekerja di rumah melalui sumber yang sah. Bayaran atau upah untuk kerja yang dilakukan boleh ditentukan antara majikan dan pekerja mengikut jenis kerja serta proses pembayaran upah secara online melalui PayPal atau kaedah lain yang lebih mudah dan pantas.

Di bawah ini penulis turut senaraikan sembilan (9) ketegori utama bidang pekerjaan yang ditawarkan oleh TaskV.com. Anda boleh memilih bidang kerja yang diminati bersesuaian dengan kemahiran kerja yang anda miliki. Sungguh menarik bukan!

- Admin Support
- Business Services
- Customer Service
- Design & Multimedia
- Networking & IT
- Sales & Marketing
- Software Development
- Web Development
- Writing & Translation

Semoga dengan maklumat yang disampaikan ini akan membuka jalan pada kita semua untuk terus rajin berusaha dan berkerja agar matlamat dan impian untuk memiliki kehidupan yang sempurna dan selesa menjadi kenyataan.
Jawapan Kenapa Mencari Kerja Idaman Di TaskV.com Sangat Berbaloi Jawapan Kenapa Mencari Kerja Idaman Di TaskV.com Sangat Berbaloi Reviewed by Unknown on 9:02 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.