Servis Terjemahan Dokumen

15 Lokasi Tempat Makan Pilihan Terbaik & Sedap Di Muar Johor

Sekiranya merancang untuk bercuti ke Johor, jangan lupa masukkan Muar sebagai lokasi wajib dikunjungi dalam jadual perjalanan anda.

Selain terdapat banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi, Muar juga turut menjadi lokasi pilihan bagi pengunjung untuk menjamu selera.

Tidak sah sekiranya datang ke Muar tetapi tidak mencuba menu masakan yang sedap dan lazat di sini.

Oleh itu, kami kongsikan di sini, senarai 15 lokasi tempat makan pilihan terbaik dan sedap di Muar sebagai panduan anda semua jika berkunjung ke sini.

tempat-makan-muar.jpg

1) MEE BANDUNG ABU BAKAR HANIPAH
Menu pilihan : Mee bandung
Alamat : Jalan Abdullah, Muar

2) FARIS KITCHEN
Menu pilihan : Char kuey teow, nasi lemak sotong gergasi, roti john cheese sekapal
Alamat : Taman Sungai Abong Mulia, Jalan Sungai Abong

3) VILLAGE GRILL
Menu pilihan : Grill chicken chop, beef lasagna
Alamat : No. 185-10, Jalan Bakariah

4) R&H SATE MAHARANI
Menu pilihan : Sarapan sate, mee rebus, roti manja
Alamat : 130-2 Bangunan MARA, Jalan Maharani

5) MURTABAK TANAH MELAYU
Menu pilihan : Murtabak cheese
Alamat : Jalan Khalidi, Muar

6) SAI KEE 434 CAFE
Menu pilihan : Kopi
Alamat : Jalan Maharani

7) PAK YAHYA ASAM PEDAS
Menu pilihan : Aneka asam pedas
Alamat : No.1 Medan Asam Pedas, MPM, Parit Jawa

8) BURGER D' RAJE
Menu pilihan : Burger bakar XL, chicken chop
Alamat : Parit Besar, Jalan Temenggong Ahmad

9) RESTORAN HABA
Menu pilihan : Sarapan sate, mee rebus, soto, lontong
Alamat : No. 1-2, Jalan Majidi, Muar

10) ROJAK PLACE CAFE
Menu pilihan : Rojak udang galah
Alamat : Lot 667, Taman Sri Jeram 1

11) MUTIARA MUAR BBQ STEAMBOAT
Menu pilihan : Aneka steamboat
Alamat : Bangunan MARA, Jalan Maharani

12) AJAK BURGER
Menu pilihan : Aneka burger bakar
Alamat : Parit Amal, Jalan Temenggong Ahmad

13) NASI LEMAK PANDAN MUAR
Menu pilihan : Nasi lemak pandan sotong diraja, nasi lemak pandan ayam crispy
Alamat : No. 9, Jalan Dato Chua Song Lim, Taman Junid Perdana

14) OYSTER SHELL OUT
Menu pilihan : Shell out
Alamat : Esah Best, Jalan Parit Tiram, Muar

15) SARAH HANNAH CAFE
Menu pilihan : Combo wombo chicken chop
Alamat : Jalan Dato Lau Bong Wong, Jalan Temenggong Ahmad
15 Lokasi Tempat Makan Pilihan Terbaik & Sedap Di Muar Johor 15 Lokasi Tempat Makan Pilihan Terbaik & Sedap Di Muar Johor Reviewed by Unknown on 10:25 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.