Seekor kucing berjaya mengurangkan berat badan hampir dua kilogram selepas menjalani latihan khas di sebuah kolam renang di Britain.
Memetik laporan Mail Online, kisah kucing yang dikenali sebagai Charlie itu bermula apabila sebuah keluarga mengambilnya untuk menemani seorang wanita tua yang kematian suami, Rosalyn Eyres, 84.
Cucu Eyres, Robyn, 30, kemudian membawa Charlie menemui seorang veterinar di Plymouth yang mengesahkan kucing itu memiliki berat badan yang berlebihan dan perlu dirawat.
Charlie akhirnya dihantar menjalani latihan khas di pusat hidroterapi K9 Splash yang menawarkan perkhidmatan khusus iaitu melatih anjing termasuk menguruskan badan.
Langkah menghantar kucing berusia 11 tahun ke pusat itu dibuat setelah haiwan itu gagal dikuruskan menerusi kaedah diet dan pemakanan seimbang.
Agak mengejutkan apabila Charlie tidak mengambil masa yang lama untuk membiasakan dirinya dengan air berbanding kucing-kucing yang lain.
Dalam sesi latihan sepanjang 12 pusingan itu, Charlie berjaya melakukanya dalam masa 45 minit dan kelihatan selesa berada dalam air untuk tempoh yang lama.
Seorang pekerja di pusat hidroterapi itu memberitahu, Charlie kini lebih yakin ketika berada di rumah selepas menjalani latihan khas terbabit dan tidak lagi hanya menghabiskan masa dengan tidur.
Charlie 'Si Kucing Gemuk' Dilatih Berenang Bagi Menurunkan Berat Badan
Reviewed by Kluang Today
on
10:38 PG
Rating:

Tiada ulasan:
Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih