Jangan Kutuk Majikan Lama Semasa Sesi Temuduga Kerja

Servis Terjemahan Dokumen
tip-temuduga-kerja

Kesian dengan adik-adik yang inbox minta Abang kongsikan petua menghadiri temuduga kerja, Abang bagi beberapa petua hasil pengalaman menemuduga beratus-ratus orang kakitangan sebelum ini. Jangan kata Abang tak payung. - Khairul Rizal Osman

1. Jangan datang lambat ke tempat temuduga. Temuduga jam 9.00 pagi, mesti ada di sana pukul 8.30 pagi. Tujuan adalah untuk tempoh bertenang dan mengisi borang.

2. Pakaian sopan dan kemas. Yang lelaki jangan sesekali pakai jeans dan T-Shirt walaupun anda datang temuduga sebagai pembantu pejabat sekalipun. Yang perempuan, pakaian bersopan. Pakailah yang sexy kalau hasrat anda untuk mendapat Boss yang buaya dan bukan Boss yang baik.

3. Pastikan 'smartphone' anda dalam keadaan 'silent mode'.

4. Mulakan temuduga dengan salam, ucapan selamat pagi dan sebagainya dan diakhiri dengan ucapan terima kasih kepada penemuduga yang melapangkan masa mereka.

5. Kenalpasti sebanyak mungkin mengenai syarikat tempat anda memohon pekerjaan.

6. Buat persediaan mengenai soalan-soalan yang mungkin ditanya di dalam temuduga. Promosikan diri anda dan jangan jadi pendiam.

7. Yakin dan positif dengan diri sendiri. Sentiasa berikan senyuman yang ikhlas dan menarik walaupun anda seorang yang sombong.

8. Pastikan ekspresi muka dan sentiasa bertentangan mata dengan penemuduga.

9. Sekiranya anda dikehendaki bertanyakan soalan, jangan bertanyakan "berapa gaji?", "apa faedah saya dapat bekerja di syarikat ini?", "berapa cuti tahunan?" dan sebagainya. Perkara ini boleh dibincang selepas anda mendapat Surat Tawaran pekerjaan.

9. Tips terakhir yang paling penting, sekiranya anda pernah bekerja sebelum ini, jangan sekali-kali memburuk-burukkan majikan lama. Tidak mungkin ada majikan yang akan ambil anda bekerja sekiranya anda bermulut jahat.

Selamat berjaya mendapatkan pekerjaan yang baik buat adik-adik.
Jangan Kutuk Majikan Lama Semasa Sesi Temuduga Kerja Jangan Kutuk Majikan Lama Semasa Sesi Temuduga Kerja Reviewed by Unknown on 10:03 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.