Amalkan Diet Makan Serangga Kalau Nak Kurus

Servis Terjemahan Dokumen
jason-brink-serangga

OMG! Jijik dan sungguh meloyakan, namun tidak bagi seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS), Jason Brink, yang mengamalkan makan serangga sebagai diet harian untuk menurunkan berat badanya.

Menurur Jason, dia berjaya mengurangkan berat badanya selepas secara tidak senghaja termakan haiwan berkenaan di sebuah kelab malam di sini beberapa bulan lalu.

Memetik laporan Agensi, sejak kejadian itu, lelaki berusia 29 tahun itu terus menjadikan serangga termasuk tebuan dan semut sebagai menu dalam dietnya selepas mendapati makanan itu mempunyai kandungan protein yang tinggi serta sihat.

jason-brink-tebuan

“Saya tidak makan makanan yang mempunyai lemak yang tinggi sebaliknya memakan makanan yang dicampur dengan pelbagai jenis serangga.

“Sejak beberapa bulan lalu saya berjaya mengurangkan berat badan saya sebanyak beberapa kilogram dan berasa semakin sihat,” katanya.

Menurutnya, serangga seperti belalang dan cengkerik mempunyai kandungan kalori yang rendah sekali gus membantu seseorang itu mengurangkan berat badan.
Amalkan Diet Makan Serangga Kalau Nak Kurus Amalkan Diet Makan Serangga Kalau Nak Kurus Reviewed by Unknown on 9:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.