Selepas tersebarnya berita 'Geng Lori' Buru Pemilik Mercedes WWC 8908 di media sosial, pihak polis menasihatkan Netizen agar berhenti menyebarkan nombor plat kenderaan tersebut yang terbabit dalam kes pemandu lori dibelasah sekumpulan individu di tempat letak kereta kondominium Puncak Anthenaneum, Bukit Antarabangsa pada Sabtu lepas.
Memetik laporan Mstar, Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, pihaknya kini sedang giat menjalankan siasatan dan akan mengenakan tindakan sewajarnya ke atas mereka yang disyaki terlibat.
"Orang ramai tidak perlu risau kerana polis melihat perkara ini secara serius...walaupun mereka mendakwa kedua-dua belah pihak telah menyelesaikan perkara itu namun polis masih menyiasat dan akan mengenakan tindakan tegas," katanya.
Dalam satu kenyataan kepada media, Abdul Samah memberitahu bahawa polis telah menahan reman seorang lelaki berusia 32 tahun dipercayai suspek yang terlibat dalam insiden tersebut bagi membantu sisatan.
Susulan dari penahanan lelaki itu, beliau meminta agar individu lain yang terlibat dalam kejadian belasah tersebut segera menyerah diri sebelum polis melakukan tangkapan.
Kes itu mendapat perhatian ramai apabila rakaman video yang tidak diketahui sumbernya menjadi viral di laman sosial yang memperlihatkan aksi beberapa lelaki membelasah mangsa yang terbaring di tempat letak kereta selama beberapa minit di sebuah kondominum.
Polis Rayu Netizen Henti Sebar Nombor Plat Mercedes WWC 8908
Reviewed by Unknown
on
10:00 PG
Rating:

Tiada ulasan:
Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih