Tindakan 'samseng' sekumpulan pengawal peribadi kepada individu berpangkat datuk membelasah seorang pemandu lori sehingga mendatangkan kecederaan teruk baru-baru ini mendapat perhatian dari 'Geng Lori'.
Menurut sumber, geng lori berkenaan memberi amaran supaya individu yang terbabit mencederakan pemandu lori di Atheneum Peak, Bukit Antarabangsa pada 14 Januari lalu supaya menyerah diri pada pihak polis.
Jelas sumber itu lagi, sekiranya pemilik kenderaan Mercedes dengan nombor pendaftaran WWC 8908 bersama pengawal peribadinya gagal menyerahkan diri, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sendiri.
Berhubung kejadian berkenaan, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pihaknya menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes sekumpulan individu membelasah pemandu lori di tempat parkir kondominium Puncak Anthenaneum, Bukit Antarabangsa, Sabtu lepas.
Sementara itu, pemandu lori yang menerima 13 jahitan bermula dari bawah telinga hingga ke leher akibat keganasan tersebut berkata, dia tidak menyimpan dendam walaupun si pelaku tergamak membelasahnya sedemikian teruk.
'Geng Lori' Buru Pemilik Mercedes WWC 8908
Reviewed by Kluang Today
on
1:29 PTG
Rating:

Tiada ulasan:
Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih