Lebih kurang tiga bulan lepas Ee ada merawat seorang perempuan keturunan Cina yang datang bersama keluarga dari Setiawan Perak kerana mengidap penyakit yang sangat misteri.
Menurut keluarga sudah hampir setahun bila menjelang malam sahaja anaknya panggilan mesra Amoi akan mula menyanyi dalam bahasa yang mereka tak fahami dan menari mengikuti nyanyiannya sehingga menjelang tengah malam.
Ada kalanya Amoi akan pengsan kerana terlalu letih. Keluarga telah membawa Amoi berubat merata tempat dan sudah banyak habis duit. Lebih kurang 3 bulan lepas menurut mereka berubat kat tokong Siam, semasa bomoh Siam menurun suruh jumpa Aji.
Bila tanya kat bomoh Siam Aji tu sapa?..Bomoh Siam cuma geleng-gelengkan kepala tak dapat nak bagi tahu.
Balik jumpa bomoh Siam mereka berusaha berjumpa dengan kawan-kawan Melayu dan bertanya kalau-kalau kenal mana-mana Aji yang boleh merawat anaknya.
Macam-macam jenis Aji yang diperkenalkan dan telah berusaha merawat anaknya tapi tak mahu juga sembuh. Baru-baru ini sewaktu mereka makan dekat restoran di Lumut terjumpa pula dengan seorang cikgu yang kebetulan bekas jiran dan menceritakan pasal anaknya. Cikgu itu suruh cuba rawat dengan Aji Din dia bagi kad Rawatan Tradisional Sedut Marifat Cara Islam.
Dengan izinNya sewaktu Ee membuat rawatan mengesan penyakit dapat dilihat dengan jelas akan sebab penyakit yang menimpa Amoi. Ditunjukkan dengan jelas kelibat Amoi dan kekasihnya sedang berbogel bercumbuan memadu kasih dalam semak di kebun sayur.
Dalam pada itu ternampak juga kelibat seperti seorang perempuan berpakaian seperti orang asli sedang asyik menari sambil memerhatikan segala perbuatan Amoi dan kekasihnya. Ditunjukan dengan jelas juga bahawa tempat Amoi dan kekasihnya memadu asmara merupakan bekas tapak batin asli menjalankan upacara semah.
Ee ceritakan segala petunjuk dan dengan izinNya Amoi dengan malu-malu mengakui memang beliau bersama kekasihnya di kebun sayur bapanya lebih kurang tiga bulan sebelum mendapat penyakit misteri. Ee nyatakan kesanggupan untuk merawat beliau.
Dengan izinNya segala jin yang menganggu Amoi dapat ditangkap semasa membuat rawatan membuang penyakit dan dihanyutkan ke dalam lautan antarabangsa Malaysia Indonesia.
Alhamdulillah dengan izinNya pada 18hb baru ini, bapa Amoi datang membawa seorang pesakit yang merupakan ahli keluarganya untuk buat rawatan dan memberitahu bahawa Amoi sudah sihat dan tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ee sekeluarga.
Ee bersyukur dengan anugerah Allah SWT memperkenankan segala doa Ee untuk merawat pesakit tanpa mengira bangsa dan agamanya.Alhamdulillah dengan segala RahmatMu kepada Ee sekeluarga.
Sumber: Ee Si Kucing
Dirasuk Penunggu Selepas Berasmara Dalam Kebun Sayur
Reviewed by Unknown
on
12:03 PTG
Rating:

Tiada ulasan:
Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih